200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Selamat ulangtahun sejarah

Monday, June 4, 2012

Hujung mei dan Awal Jun 2011...
Antara detik termanis dan paling kukenang dalam hidup...
Suatu kembara mendidik hati, membawa jiwa...
::Umrah & Ziarah:::



 
24 Mei-6 Jun. Sambut 1 Rejab kat sane. 1 Rejab terus ramai orang tawaf. 



 
Dapat peluang duk depan Multazam dengan Mak. 


Dah genap setahun, setelah aku pergi umrah.
Setahun yang mempunyai macam-macam kisah.
Nenek hilang. Accident teruk. Wallet hilang. Berselisih faham. Amanah. Peluang dengan Quran. Ukhwah. Diri. Keluarga. Jodoh. Mati. Madrasah. Ramadhan. Adik. Nisa'. Anak-anak d'nasti. Anak-anak buah. Dan segalanya yang tak tertulis.
Musibah.
Suka.
Duka.
Jauh Hati.
Peluang.
Merajuk.
Seronok.
Pengalaman.

Aku hitung, mungkinkah ini rancangan Dia selepas kembara itu?
Sudah tentu.
Redha, dan buat yang terbaik.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan dia mengubah nasib mereka sendiri.

Aku hitung, termakbulkah semua doa-doaku di sana?
Apapun, kena optimis, lambat atau cepat, itu kerja Tuhan.
Tiada siapa tahu.

Aku hitung, bagaimana selepas balik dari sana?
Aku hamba masih banyak khilaf dan dosa... dan sedikit-sedikit Allah uji dengan ujian-ujian dunia, ujian jiwa..untuk mengingatkan bahawa kita adalah hamba, dan sebaik-baik tempat bergantung adalah DIA..

Tak kisah turning point kita di mana2..paling penting stp pengajaran dari apa yang kita lalui.. supaya makin matang dalam mengenal hidup................


Kalau rajin, aq update entri pengalaman umrah 2 dan 3.... waaah. Tak sangka rating tinggi untuk cerita umrah ni, sebab semua pun ada cita-cita nak kesana...

Kalau boleh, aku nak ke sana lagi!

Masjid Nabawi... Ziarah wida sebelum ke Mekah.

 
 Beli susu unta dengan ayah... segar dari ladang.
Ade rupa ayah tak? ;p

Saie


Rombongan Turki tengah berkumpul.  Makcik2 Turki peramah orangnya... 
dengan dialek turki, susah nak paham..qiraat dorang lain..lidah pun lain.. teringat Auntie Rayyan:)
Kalau Huda, sebut hudae..



p.s :
Dalam setahun ni, aku minta maaf sangat-sangat pada hati-hati yang tersinggung, pada yang menanti clarification aku untuk certain2 perkara namun kecewa setelah menunggu........ bersangka baiklah bahawa aku sedang memperbaiki. Mungkin aku susah difahami, mungkin ramai memerlukan jawapan kenapa aku buat begini dan begitu, Aku tidak suka untuk memperbesar sesuatu isu, dan aku tahu diam bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah...... namun aku percaya diam akan menyelamatkan dari prasangka, cerita buruk dan sebagainya tersebar......... aku lebih suka diam dari duk meluahkan, kerana diam punya hikmah yang tersimpan. Maaf sangat kepada jiwa yang tidak aku sempurnakan haknya, jiwa yang tidak cukup ku beri perhatian secukupnya, jiwa yang merasa jauh denganku. Kerana aku bukan insan sempurna. Walah. puitis gitu. 


Cuma mintaku, kalau terasa ade masalah direct denganku, sila berjumpa/smsku =) spaces for improvement is always there. Aku tahu aku banyak bersalah, dan sentiasa membiarkan masa merubah segalanya. Aku mati kata2..   (ape yang dah huda membebel ni? ops. ) 


Bantu aku untuk jaga hubungan sesama manusia.. HablumminaAllah, hablumminnaas.. =) senyum

0 thoughts from optimists:

Post a Comment