200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

an electronic letter... bidang farmasi dan biotech

Sunday, July 29, 2012
Bismillah..
Salam ramadhan..
Harini aku nak kongsi satu emel yang aku terima..


Salam ukhuwah akak makcik hulurkan buat Huda,

Makcik dari Melaka, terjumpa blog Huda semasa tercari2 info mengenai pharmacist ni.

Kisahnya begini.......

Anak makcik yg sulung sedang berkira2 memilih kursus utk sambung belajar. Dia sebut2 bidang farmasi ni dan makcik amat meyokongnya kerana makcik rasa bidang ini sangat cerah prospeknya dan tidak ramai perempuan melayu yang ada farmasi sendiri. She was very sure until last three weeks. Dia ikut school trip to America dan jumpa dgn few malaysian students kt sana. Diaorg galakkan dia ambil biotech....dan nampaknya dia sungguh2 nak ambil kursus tu.

Makcik rasa tak brp sedap hati sbb makcik lbh suka dia ambil farmasi dan akhirnya buka farmasi sendiri. Anak makcik beri alasan yang penguasaan subjek kimianya tidak begitu strong and she's more inclined towards biology. Medic mmg dia tak mau ambil walaupun suka bio......

Aduh....makcik mencari contoh dan alasan utk yakinkannya bahawa kursus farmasi ni ada keindahannya sendiri dan sesuai dgn wanita muslim. Bnyk bnda yg boleh diatur jika ambil farmasi berbanding biotech yang nanti kerjanya entah apa2.....

Boleh tak huda berkongsi pengalama huda sewaktu di U dan pandangan huda mengenai kerjaya sbg ahli farmasi ni. Kalau boleh, mintaklah huda bercerita tentang a day in your working life supaya dapat  makcik beritahu gambaran sebenar profession ini.

Wassalam.


dan begini jawapanku.. kalau ade sape2 nak tambah, silakan......

Wa'alaikummussalam makcik=)

salam dari Kuantan.

Saya masih belajar dan dalam tahun ke 4 bulan 9 ni insyaALLAH. Farmasi, insyaAllah lebih baik dari Biotech. Boleh saya tahu post saya yang mana yang makcik baca tentang kos farmasi?

Antara sebabnya:

1. Farmasi ni bidang dia luas...Kerja dijamin insyaAllah sebab Malaysia perlukan ramai lagi ahli farmasi. (walaupun sekarang ada persaingan esp dari universiti swasta) Belajar biotech, masa depannya saintis. dan kerjanya belum dijamin, makcik. Saya tengok senior2 yang dahulunya belajar biotech dan biomedic, they ends up become teacher,  erja di syarikat buku,translator, dan sambil2 tu ada yang buat part time memasak.
2. Farmasi banyak cabangnya, tak macam doktor. Doktor cabangnya hanya merawat patient di hospital, kalau dah mantap skit buke klinik, namun farmasi lebih dari tu. Kalau minat environment di hosptal, boleh kerja kat hospital dengan doktor. Kalau minat invent/mencipta something, boleh kerja bidang industri, formulate ubat-ubatan. cth kerja di pharmaniaga, kilang glaxo, ain medicare, dll. Kalau minat bidang mengajar, boleh sambung belajar jd lecturer. Kalau minat berdikari n bisnes, boleh buka bisnes n retail. N retail shop(farmasi), kalau kena tempat memang laku. sale sehari dalam rm700 =)

3. Selain tu, bila belajar, farmasi dapat biasiswa JPA (mostly semua IPTA kos farmasi kat Msia ni, yang saya tahu memang dapat biasiswa JPA) which is about rm5000 per semester, and biotech x semestinya semua student dapat. (yang betul2 excel dan apply akan dapat, tp lambat..kos farmasi setakat ni automatik dapat apabila sambung degree)
4. Farmasi juga banyak belajar macam doktor... Kami kena tahu tentang penyakit juga sebab kami nak bagi ubat, jadi kena tahu bagaimana dan apa yang terjadi pada ubat tu dalam badan kita.. Kimia juga penting, kalau ada basic yang baik, B+.. saya rasa no problem..=)
5. Apepun bidang farmasi sangat seronok dan meliputi banyak disiplin ilmu... Ttg tumbuhan pun kami belajar, terutamanya untuk mengenali tumbuhan tradisional yang memberi khasiat. Dan yang bestnya sebab kami selalu ada lawatan =)
6. Bila belajar, sangat seronok. Bagi saya, farmasi agak tough dan memerlukan kecekalan yang tinggi. Kelas kami selalu penuh sampai petang, tidak seperti budak biotech. Dan farmasi selalu masuk lab..kadang2 pagi sampai tengahri kelas, lepas zohor sampai petang masuk lab/makmal.

Saya cadangkan makcik same2lah dengan anak buat istikharah n doakan yang terbaik untuk anak makcik... Sebab yang nak belajar, adalah dia=) Biotech juga suatu kos yang meanrik, namun saya tidak pasti tentang peluang pekerjaannya..

Semoga Allah memberi yang terbaik untuk anak makcik insyaALLAH

Ramadhan Kareem dan Selamat Berpuasa.
Wassalam.


Nurulhuda Bt. Idris,
Undergraduate Student,
Kuliyyah of Pharmacy,
International Islamic University Malaysia,
Kuantan Campus. 

3 thoughts from optimists:

  1. syahrir said...:

    minta anak mak cik ni tulis kat kertas
    SWOT analysis utk both courses

    utk yg nak enjoy student life, farmasi mcm tak sesuai
    stress je dari first year smpi final year
    klu tak stress tak score
    klu tak score, masa kerja nanti stress

  1. siti said...:

    alhamdulillah , dgn izin Allah sy jumpa blog akak :) saya mula minat & tahu bidang farmasi ni pun masa form5 which is last year tgok tviq :) masa tu mmg lost xahu nk ambik course ape.now dok tgh mohon kat u laa. tp lama2 rasa cam lost confident n xyakin ngn bdang ni. syukur berkat ingo yg akk berikan dpat regain kyakinan sy trhdap bdang ni. terima kash a lot :)

  1. Anonymous said...:

    Kak tq atas info ni. Sy pun tgh tunggu result upu keluar. Sy dah apply farmasi n harap dapat. Sy jz nak tny bout jpa scholar maybe thn akak automatik dapat rite but sy dengar dunno statt since when kita kena apply. Not automarically dah. Is it true ? If yes. So ive the chance to get it or not. Hee thanks kak

Post a Comment