200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

catatan ramadhan minggu 3

Saturday, August 11, 2012


1. Mendapat pggilan dr seseorang, yang menceritakan ttg kekejaman dan penindasan umat Islam di Rohingya. Ahli-ahli keluarganya menjadi pelarian Rohingya di Bangladesh. Serasa macam susah untuk percaya.. Namun, ini realiti.

2. Mendapat satu justifikasi dan jawapan mengapa masjid selalu lebih lapang di akhir ramadan...

"Manusia tidak mampu berlakon lama-lama. Minggu pertama, masih logik jika masjid melimpah, sebab semangat nak gi terawih. Minggu ketiga saff berkurang menjadi 2. Kerana manusia tidak mampu berlakon lama, akhirnya menonjol tabiat lama mereka. Di sinilah ibadah-ibadah ramadan mengajar kita MUJAHADAH... mujahadah utk istiqamah.."-UHD-

3. Masih memegang beberapa tabung sponsor & infaq. Rohingya, Educational Visit, dan pengajian sahabat utk ijazah sanad quran. Indahnya hulurkan sedikit harta untuk membantu meringankan beban manusia lain. Kita mungkin tahu tapi selalu lupa -Kesenangan di dunia ini sedikit, dan akhirat itu lebih baik. (annisa:77), ayat dan ingatan yang sering singgah padaku dalam bulan ni.

Jom saling mendoakan umat Islam semua. Semoga kita dalam ketetapan Islam dan Iman, insha Allah.



0 thoughts from optimists:

Post a Comment