200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

tazkirah ramadhan dr 'apis'

Tuesday, October 9, 2007
BERSERAH...
Written by Xifu Xx
Tuesday, 25 September 2007



SEORANG ANAK KECIL SEDANG BERMAIN SENDIRIAN DENGAN MAINANNYA. SEDANG ASYIK BERMAIN, TIBA-TIBA MAINANNYA ITU ROSAK. DIA CUBA UNTUK MEMBAIKINYA SENDIRI, TETAPI USAHANYA ITU SIA-SIA SAJA. MAKA DIA MENDATANGI AYAHNYA UNTUK MINTA BANTUAN.



Sambil memerhatikan ayahnya membaiki mainan tersebut, dia terus memberi arahan kepada ayahnya, "Ayah, cuba lihat bahagian sebelah kiri, mungkin di situ kerosakannya." Ayahnya menurutinya, tapi ternyata alat permainannya masih gagal diperbaiki.

Maka dia berkata lagi, "Oh, bukan di situ, mungkin yang sebelah kanan. Cuba ayah tengok di situ pula." Ayahnya menuruti apa yang dikatakan, tapi tetap mainannya itu belum boleh diperbaiki lagi.

"Kalau begitu, cuba yang bahagian depan pula."

Kali ini ayahnya marah, "Sudah! Kalau kamu pandai, mengapa tidak kamu baiki sendiri saja? Jangan ganggu ayah lagi. Ayah banyak kerja lain."

Setelah dia mencuba beberapa saat untuk membaikinya sendiri dan masih belum berhasil, maka akhirnya dia kembali kepada ayahnya sambil merengek. "Tolonglah ayah, saya suka mainan ini, kalau rosak begini bagaimana? Tolong laa..."

Kerana tidak sampai hati mendengar rengekan anaknya, si ayah akhirnya menyerah, "Baiklah, ayah akan membaiki mainanmu asalkan kamu berjanji tidak memberitahu apa yang harus ayah lakukan. Kamu duduk saja dan perhatikan ayah buat."

Ketika ayahnya sedang membaiki mainannya, si anak mula bersuara lagi, "Jangan yang itu, rasanya bukan bahagian itu yang rosak."

Lalu ayahnya membalas, "Kalau kamu komen lagi, kamu baiki sendiri mainan ini." Kerana takut ayahnya akan benar-benar melakukan apa yang dikatakannya, anak itu diam dan duduk melihat saja sehingga mainannya berhasil diperbaiki.


Seperti anak kecil itu, kita juga sering kali berserah kepada Allah SWT tetapi dalam masa yang sama kita masih lagi mahu mengatur Allah bagaimana sebaiknya jalan hidup kita. Bila kita sungguh-sungguh pasrah kepada kehendak Allah SWT, maka nescaya Allah SWT adalah yang Maha Mengetahui dan sangat mencintai kita agar melalukan yang terbaik, lebih dari apa yang kita fikirkan dan doakan, sesuai dengan kehendakNya...

Kita merancang yang terbaik dalam hidup ini, Dia juga punya perancangan yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Namun, segala perancanganNya adalah yang terbaik. Dia Mengetahui, sedang kita tidak. Dia Berkuasa sedang kita ini hanya hambaNya yang lemah lagi hina...Maka, sandarkanlah segala sesuatu hanya padaNya...

0 thoughts from optimists:

Post a Comment