200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Berperang Untuk Mati?

Tuesday, December 30, 2008
"Mereka berperang untuk mati.. Israel berperang untuk hidup... mana sama!
Mereka kejar syahid.. Israel kejar dunia.. mana nak sama.... Siapa lagi hebat?" tanya ayah.


Terpana seketika mendengar ujaran ayah. Sedar dalam kelalaian, Gaza dan Palestin diserang lagi!

Handset tak sunyi tika cuti ni. Bersusun SMS yang diterima dari insan-insan prihatin.

SMS per1 : Israel bertindak ganas setelah 100 orang cedera (setelah diolah,sms sebenar dah
padam)
SMS ke2 : HAMAS isytihar intifadhah ke3 apabila Gaza dibomsmlm 200+syahid & 700 +
cedera! Mari tunjukkan Solidariti dgn bkumpul di Masjid Tabug Haji 11.30 pg.
SMS ke3 : Israel melepaskan bom dan melakukan serangan ke atas universiti Gaza semalam,
mengakibatkan banya kerosakan.
SMS ke4 : Wajib semua **** ******* mahasiswa Islam baca Qunut Nazilah kutuk Israel. Demo
mengutuk serangan Israel esok, 30 Dis di Kedutaan AS,11 am. TOLONG SEBARKAN.
-Presiden GAMIS.

Allahuakbar. Tika ku senang di Malaysia, rupanya ada saudara di sana yang sedang berhempas pulas menyelamatkan diri untuk hidup. Israel mmg x pnah puas mengancam Muslim. X cukup dengan peluru yang diberi, mereka juga mencucuk jarum-jarum agar pegangan aqidah Muslim di sana rapuh dan akhirnya berjaya membuat mereka menukar agama! Sampai begitu sekali. Tapi di Malaysia, budaya kuning atau hedonisme yang dipekenalkan dah cukup kuat untuk jadikan pegangan aqidah orang Islam kita goyah. Amat goyah. Dah sinonim hidup dalam sindrom aku-x-pedulisme . Mana taknya, kalau terlewat Subuh akibat main game sampai pukul 5-6, lebih 'membangga'kan kalau tertinggal terus. Mana taknya, kalau sanggup abiskan duit sendiri hisap rokok berkotak-kotak.. tanpa berfikir panjang akan orang di persekitaran. Mana taknya, kalau merempit pukul 2-3 pagi, free-free dedahkan nyawa kepada ancaman. Mana taknya, kalau gi konsert atau tengok bola sampai exceed waktu solat.. ala kak.. sekali-sekala! Sekali sekala alasannya.. tapi ingat, Matematik Islam, Kalau dalam soal Aqidah, bila 5 tolak 1, dah x jadi 4, tapi, bila 5-1, terus 0. Kalau dah cuba, konfem nak lagi, susah nak berhenti!

Ampun maaf dipinta atas celoteh yang panjang. Hati ni terasa sakit apabila melihat akan sakit-sakit yang dialami orang-orang yang 'sakit'. Jangan hairan pula hati dapat melihat. Hati kan punya kuasa melihat dari perasaan. Sekadar luahan dari diri yang hina.

Doa Qunut Nazilah:
Inilah Doa Qunut Nazilah (Hadist diriwayatkan oleh Umar Bin Khatab) :

Alloohummaghfir lilmu'miniina wal mu'minaat
Wal muslimiina wal muslimaat
Wa allif baina quluubihim
Wa ashlih dzaata bainahum
Wanshur 'Alaa 'Aduwwika wa'aduwwihim
Allohummal'in kafarota ahlil kitaabil ladziina
Yukadzibuuna rusulaka wayuqottiluuna auliyaa aka
Alloohumma khollif baina kalimaatihim
Wazalzil Aqdaamahum
Wa anzilbihim ba'sakalladzii layuroddu 'anil qaumil mujrimiin
Bismillaahirrahmaanirrahiim
Allohumma innaanasta'iinuka

Ertinya:

" Ya Allah ampunilah dosa kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat,
Ya Allah jinakkan, satu padukan hati orang-orang muslimin,
Perbaikilah keadaan mereka,
Tolonglah kaum muslimin utuk melawan musuh-musuh-Mu, dan musuh-musuh mereka
Ya Allah, laknatlah orang-orang kafir yang mendustakan para RasulMu dan membunuh para kekasih-Mu,
Ya Allah cerai-beraikan kesatuan kata mereka,
Hancur leburkan kekuatan mereka,
Dan turunkanlah bencana-Mu yang tiada tertolak lagi untuk orang-orang yang penuh dengan dosa
Dengan menyebut nama-Mu ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
Ya Allah, sesungguhnya kami memohon perlindungan kepadaMu"


Sumber doa - my blog, doa & tips. http://www.omaq.org/v3/index.php?do=post&id=doa_tips
sumber gambar - reuters



kita mulia kerana Islam.. Inna Solati wanusuki wamahyaaya wamamaati lillahi Rabbil 'Alamin..

2 thoughts from optimists:

  1. tkuk said...:

    ape lg yg boleh kita buat selain berdoa dan boikot brg2 diorg??
    i want to do something...tp xtau sgt.
    mungkin sebab sikap x-ambil-tahu yg terlalu lama bersarang.

  1. DaruL said...:

    Allah tkuk. dah lame dah usia komen ko, baru aku nak balas.

    Erm, mungkin kita boleh berusaha menjadi the real muslim yang bertaqwa, ikhlas, dan mukminah... kerana dari situ banyak hikmah yang akan kita pelajari dari agama Allah yang mulia ni. Dan orang sekeliling mungkin akan dapat impak dari kite secara x langsung...

    huhuhu..sekadar pandangan dangkal.. datang lagi!

Post a Comment