200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

...kerana itulah kami menyulam cinta

Friday, April 16, 2010
...kerana itulah kami menyulam cinta. (tajuk hangat dan kontroversi!!)

adik-adik comel berqasidah

Aku tersentak kehairanan, ketika terdengar ada orang yang melagu-lagukan.. “Tholama ashyku ghorami..” dengan girangnya. Aku hairan bukan kerana suaranya, tapi kerana jarang sekali mendengarnya melagukan qasidah itu. Tak tergambar gembiranya hati, aku pun ikut menyambung dalam hati, sambil menyumbat telinga dengan headphone pembelian kakak (bukan pemberian, pembelian. hehe. kakak tolong beli )

طالما أشكوا غرام يا نور الوجود
Begitu lama aku mengadukan cintaku, wahai "Cahaya Kewujudan"
و أنادى يا تهامي يا معدن الجود
Dan begitu lama aku menyeru, wahai nabi yang lahir di Tihamah(Mekah), wahai "Lombong Kedermawan..

Aku dan dia dalam keasyikan, sambil menjamah nota-nota exam. Biochem n Microb. Tenteramnya hati bukan kepalang membelek nota sambil mendengar bait-bait kecintaan itu.
Titik permulaan kami berjinak-jinak dengan bait qasidah itu adalah pada malam munajat perdana anjuran biro dakwah dan tarbiyyah RX 8. Qiyammullail yang diselang-selikan dengan qasidah. Ya Badratim (Wahai Purnama), Tholama Asyku ( Telah lama aku mengadu), Ya Thoybah, dan lain-lain yang aku tidak tahu namanya.


Pada malam yang penuh hening dan barakah itu, memutik sedikit demi sedikit rasa kasih dan kerinduan kami pada junjungan besar-Nya. Betapa perasan itu sering kali tenggelam dalam rencah sibuk kehidupan kami yang entah sibuk dengan apa. Kami merasakan kehadiran perasaan itu. Perasaan yang sepatutnya kami suburkan sejak dari kecil. Perasaan kasih sayang kepada baginda Nabi Muhamad s.a.w. yang sering tercabut dari jiwa umat-umat Islam kini. Ustaz pernah menyebut tentang ini. Kami benar-benar merasakan SQ yang wujud pada malam itu antara jiwa hamba dan Pencipta. Inilah kuasa yang tidak difahami dan senjata yang didahagai oleh orang-orang kafir dalam memerangi kita, orang-orang Islam.

“Weh, bestlah qasidah tadi, Huda!” ucap kawan baikku seraya mengemas pulang.

“Yup, memang best. Tapi, qasidah kene dengar sokmo. Baru senang nak ikut..”

“Ha’ah kan...” tambah yang lain.

Dengan mengalunkan qasidah kepada junjungan besar-Nya, kami gembira. Dari situ, kami belajar menyulam cinta. Cinta kepada yang Haq. Cinta kepada Dia dan kekasih-Nya yang berhak menerima cinta kami dari dahulu lagi. Cinta kepada baginda yang terlebih dahulu mencintai dan menyanyagi kami. Namun, cinta itu sering sirna dan pudar ditelan masa. Makin kelam dan luput jika tidak disuburkan.

Professional Muslim
Barangkali, tokoh tamadun lampau menguasai SQ yang tinggi (perasaan cinta ini). Apabila diri diikat sebagai hamba kepada Tuhan yang mutlak, kelangsungan kepada IQ dan EQ tidak terjejas. Ilmu mengurus diri mereka mantap. Ilmuwan seperti Ibu Sina dan AL-Khawarizmi umpamanya, hafaz al-Quran pada umur 7 dan 10 tahun. Kemudian, mereka dilengkapi dengan ilmu-ilmu fiqah, tafsir, dan bahasa utama dunia, sebelum terjun ke medan ilmu fardhu kifayah, yang melibatkan algebra dan perubatan. Ilmu-ilmu ini diperlukan sebagai ilmu mengurus sistem.

Selepas maghrib, kedengaran jiran-jiran bilik sebelah melagukan bait-bait indah qasidah yang kami peroleh pagi tadi. Lebih menggembirakan, ada sahabat rx8 dari tingkat atas turun untuk join bersama-sama dengan pakaian telekung dan qasidah di tangan. Moga, malam itu terus memangkinkan kita untuk menjadi “professional Muslim Pharmacist” suatu hari nanti. Peranannya bukan semudah kita mengungkapnya, namun cita-cita di langit tinggi itu perlu bermula dengan satu impian. Malam Munajat Perdana, di situ kami, RX 8 menyulam cinta, mengecas tenaga, dan menyubur cita-cita.

muka happy dapat breakfast free. Sebelum bersalaman
Alfun Syukran LiLlah.

p.s : qasidah-qasidah boleh digoogle and disedut menggunakan tube U - youtube.

sumber dan watak yang membantu :
milenia muslim, roomate compartment A, roomate bilik sebelah, D_n_T RX 8, RX 8, Mr batch leader (masuk jugak la as my appreciation :) )

Nah, hadiah untuk semua. senyumlah macam arifah n cik tim hehe.


Darul_Idris,
16 April,
Usrati_KB,
@ Jumaat yaumul barakah

2 thoughts from optimists:

  1. Ummu Hurairah said...:

    aik? nape mcm aku? :)

  1. DaruL said...:

    because i'm thinking of you cik tim :)

Post a Comment