200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Manikam Kalbu.... memang menikam!

Friday, April 30, 2010
Alhamdulillah.


Novel yang sungguh padat dengan nilai, dan ada menggariskan etika dan prinsip berpakaian dengan baik... Saya quote beberapa input yang sangat bernilai..

"..Manusia ini dinilai istimewa pada akalnya, juga akhlaknya, letak molek pada ilmunya dan keutamaanya, bukan kerana keindahan atau keperkasaan bentuk badannya.."

"..Sedangkan bagi kita orang Islam, agama itu satu keseluruhan, apa yang kita lakukan itu demi Tuhan, demi ALLAH. Hatta, dalam aspek berpakaian, kita berpakaian kerana ALLAH. Orang Islam memakai baju untuk menutup tubuh, orang Barat memperagakan keindahan tubuh dengan baju. Jadi kalau baju pun sempit, sempitlah, kalau jarang pun jaranglah, kalau terdedah pun terdedahlah."

"..agar busana Melayu tidak diikuti di seluruh dunia hanya pada gaya dan fesyen, bahkan pada prinsip dan falsafahnya... bahawa pakaian itu pelindung malu, petunjuk budi dan adab. Busana Melayu akan menjadi senjata keamanan sejagat!"

"Sains itu adalah proses sedangkan seni adalah hasilnya.."

"Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa.. "

"Asas bagi busana ialah... tunjangnya masih aqidah, ingatannya kepada sejarah penciptaan kita ini, dan sebaik pakaian adalah pakaian taqwa. Adapun Allah dalam firmannya amat jelas supaya jangan mengaibkan diri dan mendedahkan aurat"


Seperti selalu, novel FT memang sarat dengan nilai, tidak langsung akan menghampakan pembaca. Kali ni, novel manikam Kalbu menceritakan tentang Ziryab Za'im - seorang anak muda yang sangat cintakan kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Ziryab juga merujuk kepada seorang pereka fesyen terkenal Islam, yang juga seorang ulama.

Ziryab yang nama sebenarnya Abul Hasan Ali Al-Nafi bertanggungjawab memperkenalkan fesyen musim dingin dan musim panas, seni dandanan rambut, ubat gigi, kosmetik, deodoran dan lain-lain ke Eropah. Seorang tokoh fesyen Muslim yang masyhur di Andalusia.

Seperti selalu juga, novel FT membawa kita kembali ke ajaran islam yang benar dan syumul. Cara hidup yang terbaik. Sape kata Islam itu terbatas? Sapa kata Islam itu terhad pada fesyen? Sedangkan pereka fesyen dahulu kalanya orang Islam juga~bahkan ulama termasyhur...

Novel ni jenis novel humor. Kisah moden Ziryab diselang selikan dengan kisah klasik Manikam Kalbu, seorang hamba yang minat pada bidang jahitan dan tenunan. Part yang kelakar bila ada teka teki dari maharaja Cina. Dan part Manikam Kalbu nak belajar dengan nenek. Nenek malas nak layan sampai berhari-hari Manikam bersabar, sehinggalah manikam membawa hadiah untuk nenek, sebagai tanda untuk melamar nenek. Walhal umur nenek dah pun hampir 100 tahun, dan Manikam tak sampai 20 tahun!

Ada satu lagi part yang menarik ;
Bila Sultan ingin berangkat berjumpa Tok Guru untuk meminta garis panduan untuk buat satu pertandingan fesyen. Sultan dalam cerita ni belajar ilmu agama, jadi dia bimbang kalau-kalau rakyat jelatanya memakai pakaian yang mencolok mata. Baginda berpegang pada agama. Untuk lebih jelas akan fesyen dan pakaian dalam Islam, Sultan berhajat pergi menziarah Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.

First ziarah, Sultan datang dengan hulubalang2 dan siap bertandu (kereta yang angkat sultan tu), tapi akhirnya Sultan hampa. Isteri Tuan Guru bagitahu Tn Guru bersolat zohor di makkah.

Second ziarah, Sultan datang semula dengan hulubalang2 naik jampana khas. Namun sekali lagi, hampa sebab isteri Tn Guru bagitahu Tn Guru bersolat di Madinah

Third ziarah, sama juga dan isterinya beritahu Tn Guru ke ladang menanam ciku dan solat di Baitul maqdis.

Ziarah yang keempat, Sultan pergi berseorangan bersama kuda. Akhirnya, baru tn Guru menerima kedatanagn Sultan.

Pengajaran yang paling penting dalam kisah ni... Seandainya kita mahu berguru, hatta setinggi mana darjat dan pangkat, eloklah kalau kita yang mendatangi orang 'alim itu sendiri. Seandainya kita mahu berguru ilmu agama, lebih baiklah agar tinggalkan segenap kemewahan... (spt yg Tn Guru tunjuk, bila Sultan datang diarak dengan pegawai istana, Tn Guru tidak mahu melayan Sultan)

Akhir kalam, saya memang sangat mengalu-alukan tuan puan membaca novel-novel Faisal Tehrani... karya beliau bukan sebarang karya picisan dan cinta... karya beliau sarat dengan informasi dan ilmu.. di samping pengajaran dan banyak benda baru yang memang pasti... iQra~!

Tumpahan Minyak di AS?

Thursday, April 29, 2010
Bismillah...

36:82

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi. (Yasin :82)"




Tiada angkatan perang yang kuat dan perancangan yang hebat yang bileh menewaskan rancangan ALLAH..

Mungkin ini satu lagi susulan dari cabaran "boobquake' yang mempermainkan fatwa ulama Iran terhadap fenomena bencana alam seperti gempabumi berpunca dari keruntuhan moral wanita yang mendedahkan aurat mereka.

Satu tumpahan minyak yang amat besar sedang berlaku di sepanjang Teluk Mexico yang boleh menghancurkan berbagai hidupan laut di sepanjan persisiran pantai serta laut dalam di sana yang melibatkan kawasan Amerika.

Para jurutera bertungkus lumus berusaha dengan berbagai cara bagi membendung tumpahan itu yang sehingga kini masih kabur.

Ini merupakan bencana tumpahan minyak yang terbesar sejak 40 tahun dulu yang pernah terjadi di Amerika.

sumber : wartashubhi

p.s : ...Kenapa kat bharian online x jumpa berita ni?

Al-Fatihah ke atas arwah Tok Ngah saya yang baru pergi sebentar tadi... Semoga beliau ditempatkan bersama solihin.... amin.

Adik Aminulrasyid...

...Al-Fatihah


sumber : blog Oh Malaysia :)

Maaf sebab terlewat menyiarkan berita mengenai adik Aminulrasyid Amzah, 15 tahun yang ditembak mati oleh pihak polis kerana disyaki penjenayah. Menurut penjelasan pegawai polis, mangsa cuba melarikan diri dengan memecut kereta dari bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menghala rumahnya dan sebaik tiba di tempat kejadian, kawan mangsa bergegas keluar kereta dan melarikan diri. Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga SMK Seksyen 9, Shah Alam meninggal dunia apabila terkena sedas tembakan di belakang kepala ketika cuba melarikan diri daripada polis di Seksyen 11. Untuk berita penuh, sila baca di Harian Metro.

Komen 1

Saya sebenarnya merasa kesal dengan tindakan polis yang terburu-buru menembak mangsa tanpa mengetahui identiti sebenar mangsa. Persoalannya, adakah wajar jika pihak polis menembak seseorang yang belum pasti pun sama ada dia itu seorang penjenayah atau pun tak? Semua orang tahu, tugas pihak polis ialah untuk menjaga keselamatan negara tapi saya tetap beranggapan bahawa tragedi yang menimpa adik Aminulrasyid tak seharusnya terjadi. Adakah dengan memecut kereta dengan laju terus dilabel sebagai penjenayah? Persoalan kedua, mengapa perlu mangsa ditembak sedangkan mangsa langsung tidak mengancam nyama pihak polis. Betul tak? Lainlah kalau mangsa ada menembak pihak polis, macam dalam drama Gerak Khas itu kan? Fikir-fikirkanlah.

Komen 2

Ok, fine. Kita tiada di tempat kejadian. Jadi tak boleh nak salahkan pihak polis 100%. Mungkin Aminulrasyid mengancam nyawa polis itu lalu tembakan dilepaskan untuk mengawal keadaan. Polis pun manusia biasa yang tak pernah lari dari membuat kesilapan. Mungkin tembakan tersebut tidak mengena sasaran, lantas terkena kepala adik Aminulrasyid. Tapi perlu diingat, tak semua polis boleh memegang pistol dan tak semestinya polis yang memegang pistol itu boleh menembak dengan tepat.

Komen 3

Saja setuju dengan komen mengenai tanggungjawab ibu bapa. Mereka tak sepatutnya membenarkan anak-anak mereka memandu di jalan raya bagi yang di bawah umur dan tiada lesen memandu. Tapi dalam kes ini, saya rasa kita tak patut salahkan ibu atau keluarga Aminulrasyid sebab mereka langsung tak sedar Aminulrayid keluar dari rumah dan memandu kereta tu.


Allahyarham Aminulrasyid

inspirational poster

Wednesday, April 28, 2010

when people doubtly looked at you,
smile back and said
i believe i can,
just pray for the best for us.
thank you!

for you, sarah



let's dedicate this to sarah...

hope this helps. yet, i am not the most trustable source ok. :)

Indahnya pondok itu...

Pondok Seligi. sumber


Baik ukuran pondok itu,
bukan pada niqab mahupun ekor serbannya,
bukan pada cantik pintu gerbangnya,
bukan jua pada banyak kitabnya.

Baik ukuran pondok itu,
terpancar langsung dengan cahaya,
hasil akhlak bunga memekar,
hasil hifzi ilmu agama.

Baik ukuran pondok itu,
Lahir dari jiwa-jiwa tazkiyyah,
Yang rindu kepada Al-Hadi,
Ikhlas terpantul dari hati.

Baik ukuran pondok itu,
terasa di sanubari jiwa,
datang sendiri tanpa diminta,
kerana hidayah itu kurniaan Dia.


Indah pondok itu,
pada suasananya,
yang damai dan sederhana,
tiada nan bermewah-mewah,
tiada campuran hedonis kehidupan,
tiada sebati yang hak dengan yang batil

Indah pondok itu,
pada sistem dan caranya,
ilmu didatangi bukan mendatangi,
ilmu di dada bukan di pena,
ilmu dibeli dengan kesungguhan,
ilmu diangkat ke martabat tinggi.

Tiada lagi mengaji untuk dunia,
sekadar terluah di kertas,
lalu menghuni di almari,
kasihan otak karat tidak berisi.

Indah pondok itu,
Pada teguh prinsipnya,
Tok Guru yang mursyid,
Ilmu bersanad yang terpelihara,
Ukhwah mantap berlapang dada,
Sifatnya yang sederhana.

Indah pelajar pondok itu,
Pada malu yang menjaga,
Pada ilmu yang tinggi nilai,
Pada rendah diri yang menawan,
Pada akhlak Islam yang disemai.


p.s :
Semoga dibuka ruang dari ALLAH untuk meneguk sedikit ilmu di sini, ameen insyaALLAH.
nanti cerita pasal pondok tulis laen =)

Cerpen : "Ana sudah bertunang"

Thursday, April 22, 2010
sumber : diambil dari emel =) terima kasih kepada sahabat.

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu.


Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada.

Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.



Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini.

Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam.

Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.



Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.



Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"



Aku menjawab tenang..

"Warna putih, bersih..."



"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.



Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah.

”Malam Pertama...” Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.



Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran.

Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."



Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.



"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah.



Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..."

Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.



"Jemput ana tau!"

Khalilah tersenyum megah.



"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak! "Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya.


Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."


Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.





............ ......... ......... .........








"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya.. . Subhanallah. Allahuakbar. "


"Ya Allah, tenangnya... "


"Moga Allah memberkatinya. ..."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.



Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.

Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.



Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku...

Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi.

Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."





Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab...

"Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar. .."

Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut...

"Ini nak, bukunya."

Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan.. ."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.



"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."





* Kisah ini bukan kisah ana , ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN.

Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya. .. Arh... Untungnya Insyirah.

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~
bersyukur itu tanda berasa cukup dan berterima kasih... bersyukur tak semestinya tanda result tinggi, beroleh kejayaan, tapi syukur itu tanda redha dan cukup dengan pemberian Tuhan, tak bermakna usaha perlu berhenti.. maka, mari belajar bersyukur.. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

BANGKAI MALAM, HIMAR SIANG - QIAM

Wednesday, April 21, 2010

sumber : http://akhisalman.blogspot.com


BANGKAI MALAM DAN HIMAR SIANG


Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah bersabda kepada ku:


إِنَّ اللهَ يَبْغُضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ جِيْفَةٍ بِاللَّيْلِ حِمَارٍ بِالنَّهَارِ عَالِمٍ بِأَمْرِ الدُّنْيَا جَاهِلٍ بِأَمْرِ الْآخِرَةِ


“ Sesungguhnya Allah benci setiap manusia yang kasar (suara dan tingkah laku), kuat makan, bising semasa di pasar, tidak bangun solat malam seperti bangkai, berkerja keras pada waktu siang seperti himar, amat mengetahui tentang ilmu dunia dan jahil tentang akhirat.”


Hadis riwayat Ibnu Hibban (72), Baihaqi (Sunan) dan Asbahani. Syeikh Syuaib berkata: Sanad hadis ini kuat.


Imam Munziri meletakkan hadis di bawah tajuk “MEMBERI PERINGATAN BURUK KEPADA MANUSIA YANG TIDUR SAMPAI SUBUH DAN TIDAK BANGUN BERQIAMULLAIL”


Dr Yusuf Qardawi menerangkan makna “tidak bangun tahajud seumpama bangkai”:

“ Manusia ini diumpamakan bangkai pada waktu malam kerana tidur adalah salah satu bentuk mati.”


SPECIAL TIME FOR HIS SLAVES


Oleh itu Allah benci manusia yang tidur pada waktu malam tanpa bangun untuk bertahajud dan bermunajat kepadanya. Sedangkan Allah khususkan di penghujong malam untuk hamba-hambanya mengadu dan bermunajat kepadanya. Rasulullah saw bersabda:


ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى سماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر قيقول : من يدعوني فأستجيب له؟ ومن يسألني فأعطيه؟ ومن يستغفرني فأغفر له


“ Allah swt turun pada setiap malam ke langit dunia ketika sepertiga malam yang terakhir. Tuhan berkata “ Siapa yang berdoa akan ku perkenankan doanya. Siapa yang meminta kepadaku akan ku berikannya. Sesiapa yang beristighfar maka akan ku ampunkannya”`


Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Bayangkan sahabat2 sekiranya seorang penjenayah berat akan diampunkan sekiranya dia merayu kepada Raja pada pukul 3 pagi pasti dia akan pergi waktu tersebut dan menunggu di pintu istana seawal mungkin. Bayanngkan sekiranya Raja menawarkan akan memberi apa sahaja permintaan kita sekiranya kita menghadapnya di awal pagi pasti kita akan menunggu di pintu istana sejak malam lagi. Namun raja segala raja telah memberi tawaran kepada kita pada waktu sebelum subuh tapi kenapa kita masih tidur lagi. Itu kerana kita dikencing oleh syaitan dan diri kita berlumuran dengan dosa.


Kalau kita rasa kita itu sudah baik dan bersih dari dosa (ini adalah penyakit hati) maka anggapla masa ini masa seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Adakah seorang lelaki akan disayangi oleh kekasihnya sekiranya selalu terlepas dalam temu janjinya. Kalau setiap hari begini pastilah cinta itu sudah berkubur dan hubungannya akan diputuskan.


KENCING SYAITAN


Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:


ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه


“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.”



Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

Ini yang bangun waktu subuh. Kalau bangun selepas waktu subuh, apa agaknya najis syaitannya yang masuk? Adakah lubang telinga sahaja atau semua lubang?


BELENGGU DOSA


Fudail bin Iyad berkata:


إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك


“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”


Oleh itu kita perlu bertaubat sentiasa dan menghindari dari maksiat. Lidah yang penuh maksiat tidak layak untuk bermunajat pada waktu malam. Mata yang penuh maksiat tidak layak untuk berjagauntuk tahajud dan menangis. Kaki dan tangan penuh maksiat tidak mampu untuk digerakkan pada waktu malam untuk bangun bertahajud. Yang penting hati sentiasa ingat benda yang haram tidak layak untuk berjaga dengan segarnya pada waktu malam untuk tahajud.


PASANGAN YANG BERTHAJJUD


Selain dari itu kita hendaklah mencari teman yang baik atau pasangan yang baik agar dapat mengejutkan kita waktu malam. Nabi saw bersabda:


إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ركعتين جميعا كتبا في الذاكرين والذاكرين


“ Apabila seorang lelaki bangun dan mengejut isterinya pada waktu malam. Lalu mereka solat dua rakaat bersama-sama, kedua2 mereka ditulis dikalangan lelaki-lelaki dan wanita-wanita yang sentiasa berzikir kepada Allah swt.”


Hadis riwayat Abu Daud dan Nasaie, Hakim juga riwayat dengan makna hadis yang sama dengan sanad di tashihkan oleh Imam Zahabi.

Oleh itu carilah teman serumah yang mampu mengejutkan kita bertahajjud. Terutamanya orang yang tidak mampu tahajud dan ingin tahajud. Begitu juga hendaklah cari pasangan yang boleh membantu kita bertahajud. Namun kita kena lihat kepad keadaan teman serumah tadi. Kalau subuh pun masih lambat atau luar waktu kita kena ushakan subuh dahulu barulah tahajud.


SUBUH PUN MASIH LEWAT


Bila sebut pasal subuh awal ni, amat duka cita kerana masih terdapat ramai yang kelewatan subuh. Lebih sedih kerana terjadi pada ramai mahasiswa agama atau orang yang menulis dan bercakap pasal agama dan menganjurkan program agama. Ini adalah termasuk dalam perumpamaan Nabi berkenaan dengan lilin. Menyuruh manusia lain buat baik namun melupai diri. Boleh rujuk dalam artikel ini. Ibnu Mas’ud berkata:


إذا فقدنا الرجل في صلاة الصبح وصلاة العشاء في جماعة أسأنا به الظن


“Apabila kami tidak bertemu seorang lelaki ketika solat subuh atau isya berjemaah di masjid , kami akan bersangka buruk kepadannya.”


TIPU DAYA SYAITAN


Janganlah kita bagi alasan kita sibuk buat program, mesyuarat , mengaji, mengajar, study, berdakwah dan lain-lain untuk tidak tahajud dan bangun lewat. Nabi adalah sebaik manusia sebagai pemimpin, pendakwah, Pelajar (mengambil wahyu dari jibril), suami (9 isteri)tetapi Nabi saw tidak pernah meninggalkan tahajud. Aisyah berkata:


أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يقوم من الليل حتى تتفطر قدماه


“Sesungguhnya Rasulullah saw bangun bertahajjud pada waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya.”


Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Para khalifah dan Gabenor dikalangan sahabat Nabi saw semuanya memintangkan tahajud sehingga Umar berkata: “Kalau aku tidur waktu malam akan sia-siala hak Allah.” Salahuddin al-Ayyubi juga amat mementingkan tahajudnya kepada tenteranya sedangkan kita tahu tidak ada kerja lebih teruk dari peperangan. Bila mana beliau melihat ada khemah tentera tidak tahajud, beliau berkata:


فإن أوتينا فمن قبل هولاء نؤتى


“Sekiranya kita didatangi musuh maka musuh akan datang dari pihak mereka (kerena kelemahan mereka) . “ atau pun “ Sekiranya kita dikalahkan maka sebab merekalah kita dikalahkan.


Adakah tanggung jawab kita lebih besar dari Nabi sehingga mana kita jadikan kerja dan tanggung jawab sebagai alasan untuk tidak bertahajud? Adakah kita tidak berdosa seperti Nabi? Kita lebih patut bangun menangis dan bertahajud kerna kita insan yang banyak dosa. Ini semua adalah talbis iblis (tipu daya syaitan) kepada pendakwah dan perkerja2 Islam.


MAHAR BIDADARI


Seorang salafus soleh bermimpi berjumpa dengan bidadari dalam mimpinya. Bidadari berkata “ Pinanglah aku dan berilah maharnya kepada tuhan.” Beliau bertanya “Apa maharnya?” Bidadari menjawab “ Lama tahajjud.”


Suatu hari Abu Sulaiman ad-Darani tidur pada waktu malam. Dalam tidurnya, beliau melihat bidadari mengejutnya dan berkata “ Adakah engkau tidur (tidak tahajud) hai Abu Sulaiman sedangkan aku menantimu di sebalim tirai sejak 500 tahun.”


KESIMPULAN


TAHAJUD BUKAN SEGALANYA TETAPI KALAU TIDAK MAMPU TAHAJUD MAKA ADA YANG TIDAK KENA PADA HUBUNGAN HAMBA DENGA TUHAN SEMESTA. KADANG2 KITA RASA KITA DAH TAK BUAT DOSA TETAPI TAK MAMPU UNTUK BANGUN. INI SAMAADA KITA PERLU MENGAJI LAGI UNTUK MENGETAHUI DOSA YANG ADA PELBAGAI BENTUK ATAU PUN SEBAB HATI KITA BERASA SUDAH SEMPURNA DAN INILAH YANG PALING BAHAYA. ORANG YANG RASA SELAMAT DARI NERAKA ADALAH ORANG YANG RUGI SEPERTI DALAM SURAH AL-A’RAF AYAT 99.


“OH TUHAN TERIMA LAH TAUBAT KAMI, JAUHKAN KAMI DARI DOSA DAN LAYAKKAN KAMI UNTUK BERMUNAJATMU DI SEPERTIGA MALAM TERAKHIR DENGAN IKHLAS.”


Rujukan: Al-Muntaqa oleh Qardawi, Lataiful Ma’arif oleh Ibnu Rajab, Sahih Bukhari dan Targhib wat Tarhib oleh Munziri.

...kerana itulah kami menyulam cinta

Friday, April 16, 2010
...kerana itulah kami menyulam cinta. (tajuk hangat dan kontroversi!!)

adik-adik comel berqasidah

Aku tersentak kehairanan, ketika terdengar ada orang yang melagu-lagukan.. “Tholama ashyku ghorami..” dengan girangnya. Aku hairan bukan kerana suaranya, tapi kerana jarang sekali mendengarnya melagukan qasidah itu. Tak tergambar gembiranya hati, aku pun ikut menyambung dalam hati, sambil menyumbat telinga dengan headphone pembelian kakak (bukan pemberian, pembelian. hehe. kakak tolong beli )

طالما أشكوا غرام يا نور الوجود
Begitu lama aku mengadukan cintaku, wahai "Cahaya Kewujudan"
و أنادى يا تهامي يا معدن الجود
Dan begitu lama aku menyeru, wahai nabi yang lahir di Tihamah(Mekah), wahai "Lombong Kedermawan..

Aku dan dia dalam keasyikan, sambil menjamah nota-nota exam. Biochem n Microb. Tenteramnya hati bukan kepalang membelek nota sambil mendengar bait-bait kecintaan itu.
Titik permulaan kami berjinak-jinak dengan bait qasidah itu adalah pada malam munajat perdana anjuran biro dakwah dan tarbiyyah RX 8. Qiyammullail yang diselang-selikan dengan qasidah. Ya Badratim (Wahai Purnama), Tholama Asyku ( Telah lama aku mengadu), Ya Thoybah, dan lain-lain yang aku tidak tahu namanya.


Pada malam yang penuh hening dan barakah itu, memutik sedikit demi sedikit rasa kasih dan kerinduan kami pada junjungan besar-Nya. Betapa perasan itu sering kali tenggelam dalam rencah sibuk kehidupan kami yang entah sibuk dengan apa. Kami merasakan kehadiran perasaan itu. Perasaan yang sepatutnya kami suburkan sejak dari kecil. Perasaan kasih sayang kepada baginda Nabi Muhamad s.a.w. yang sering tercabut dari jiwa umat-umat Islam kini. Ustaz pernah menyebut tentang ini. Kami benar-benar merasakan SQ yang wujud pada malam itu antara jiwa hamba dan Pencipta. Inilah kuasa yang tidak difahami dan senjata yang didahagai oleh orang-orang kafir dalam memerangi kita, orang-orang Islam.

“Weh, bestlah qasidah tadi, Huda!” ucap kawan baikku seraya mengemas pulang.

“Yup, memang best. Tapi, qasidah kene dengar sokmo. Baru senang nak ikut..”

“Ha’ah kan...” tambah yang lain.

Dengan mengalunkan qasidah kepada junjungan besar-Nya, kami gembira. Dari situ, kami belajar menyulam cinta. Cinta kepada yang Haq. Cinta kepada Dia dan kekasih-Nya yang berhak menerima cinta kami dari dahulu lagi. Cinta kepada baginda yang terlebih dahulu mencintai dan menyanyagi kami. Namun, cinta itu sering sirna dan pudar ditelan masa. Makin kelam dan luput jika tidak disuburkan.

Professional Muslim
Barangkali, tokoh tamadun lampau menguasai SQ yang tinggi (perasaan cinta ini). Apabila diri diikat sebagai hamba kepada Tuhan yang mutlak, kelangsungan kepada IQ dan EQ tidak terjejas. Ilmu mengurus diri mereka mantap. Ilmuwan seperti Ibu Sina dan AL-Khawarizmi umpamanya, hafaz al-Quran pada umur 7 dan 10 tahun. Kemudian, mereka dilengkapi dengan ilmu-ilmu fiqah, tafsir, dan bahasa utama dunia, sebelum terjun ke medan ilmu fardhu kifayah, yang melibatkan algebra dan perubatan. Ilmu-ilmu ini diperlukan sebagai ilmu mengurus sistem.

Selepas maghrib, kedengaran jiran-jiran bilik sebelah melagukan bait-bait indah qasidah yang kami peroleh pagi tadi. Lebih menggembirakan, ada sahabat rx8 dari tingkat atas turun untuk join bersama-sama dengan pakaian telekung dan qasidah di tangan. Moga, malam itu terus memangkinkan kita untuk menjadi “professional Muslim Pharmacist” suatu hari nanti. Peranannya bukan semudah kita mengungkapnya, namun cita-cita di langit tinggi itu perlu bermula dengan satu impian. Malam Munajat Perdana, di situ kami, RX 8 menyulam cinta, mengecas tenaga, dan menyubur cita-cita.

muka happy dapat breakfast free. Sebelum bersalaman
Alfun Syukran LiLlah.

p.s : qasidah-qasidah boleh digoogle and disedut menggunakan tube U - youtube.

sumber dan watak yang membantu :
milenia muslim, roomate compartment A, roomate bilik sebelah, D_n_T RX 8, RX 8, Mr batch leader (masuk jugak la as my appreciation :) )

Nah, hadiah untuk semua. senyumlah macam arifah n cik tim hehe.


Darul_Idris,
16 April,
Usrati_KB,
@ Jumaat yaumul barakah

a.k.h.l.a.k

Thursday, April 15, 2010
bila happy dan excited,
mulut pun sedap berkata-kata,
berkata tanpa berfikir
lupa berhati-hati
lupa dosa
lupa lidah pinjaman
lupa diri
lupa bumi
lupa dunia
lupa semuanya

a.k.h.l.a.k
akhlak bunga diri
kata-kata = cerminan akhlak
andai...... (sila tarik pitching suara anda)
sesuatu itu,
sejuk dengar dek telinga,
sejuk lihat dek mata,
sejuk rasa di hati,
= indah akhlaknya

terima kasih kepada yang mengingatkan
minta maaf kepada semua.....,
andai terlanjur laku dan bicara,
dan over excited punya..


sebaik-baik "role model" akhlaqul karimah ialah akhlak Rasullullah s.a.w.
berlembut dalam kata,
jua tingkahlaku,
ketawa dalam senyuman,
kesopanan memikat,
pengasih kepada semua,
penyantun,
pembalas bunga kepada pemberi besi.

Insya ALLAH (ada bunyi-bunyi harapan di sini...)
Ameen (ada doa dalam hati.. amin3x)
he :)

mak ayah, doakan anak-anakmu berakhlak mulia,
kerana kami tahu,
kami sering membawa namamu ke mana kami pergi,
dan yang penting sekali,
kami bawa kemuliaan Islam dan identiti Muslim.....

sayang Allah dan RasululLlah, sayang mak ayah, sayang semua.... =D

siapa akhlak baik, ada bunga ros cantik ni dalam hati dia..

Cuti cuti cuti.

Wednesday, April 14, 2010
Allahu ALLAH.

terlampau banyak benda yang nak ditulis dan dikisahkan.
cuma tak terluah.

terlampau banyak benda yang nak dilaksanakan.
cuma tidak dimulakan.

Mulai denga BismiLlah,
start engine...

Ingat pesan mak,
buat satu-satu....

Bak kata pengarang buku U-Turn,
catat dan buat,
nanti boleh lupa.

Kuil Al-Kharrab di Al-Quds

Monday, April 12, 2010
















Inilah dia kuil ke-17 Yahudi bernama
Kuil Al-Kharab terletak 400 meter di sebelah barat Masjid Al-Aqsa yang dirasmikan pembukaannya oleh Israel pada 16 Mac 2010 yang lalu. Berita ini cuba disembunyikan dari pengetahuan dunia Islam, namun Allah Maha Kuasa sedikit maklumat telah dapat kita ketahui mengenai kuil ini.


Dahulunya adalah sebuah tapak Masjid Al-Barraq tetapi kini telah diambil alih oleh tentera-tentera Dajjal Al-Masih Ad-Dholalah.

http://freeourmind-blog.blogspot.com/2010/04/kemunculan-dajjal-semakin-hampir.html

25 fakta menarik tentang laskar pelangi

Sunday, April 11, 2010
sumber-klik sini
gambar
1. Nama panggilan dari Andrea Hirata pada saat kecil adalah “andis” ,”Ikal” adalah nama panggilan andrea di novel


2. Royalti Film Laskar Pelangi yang didapat dari Andrea adalah sekitar Rp 350 juta


3. Andrea hirata dalam suatu kesempatan menyatakan,dirinya bukan sastrawan, benar-benar tidak berpengalaman, tidak berpendidikan sastra, tidak bergaul dengan orang-orang sastra, tidak bercita-cita menjadi sastrawan. Lebih parah lagi, tidak banyak membaca sastra.


4. Film Laskar Pelangi sepanjang 2 jam 5 menit yang memakan ongkos Rp 8 miliar.


5. NAMA Laskar Pelangi adalah sebuah nama pemberian sang guru, Bu Muslimah


gambar
6. Sekarang Bu muslimah yang asli mengajar di Sekolah Dasar Negeri 6 Gantong, dan sedang menunggu pensiun.


7. Selama 10 hari pemutaran film itu sudah meraih penjualan 1,1 juta penonton.


8. 3.800 calon pemain dieliminasi menjadi 1.350 anak hingga akhirnya menjadi 12 pemain yang semuanya asli dari belitung, 11 Anak normal dan 1 anak penderita Down syndrome (untuk peran Harun)


9. Film Laskar Pelangi dibuat hanya dengan 36 hari Syuting


10. Andrea Ingin setiap 2 Mei Film Laskar Pelangi Diputar secara Gratis, dan dia pernah berkata “Filmnya lebih bagus dari novelnya..”


11. Penulis skenario FILM Laskar pelangi yaitu Salman Aristo juga penulis skenario Film Ayat-Ayat Cinta.


gambar
12. RIRI Riza sebelumnya akan menggunakan Yogi Nugraha pemeran kucai untuk dijadikan pemeran mahar, hingga datang Verrys Yamarno yang datang dengan gaya baju Mahar. Jalan sambil cium ketiak, lalu teriak: bau cuka! bau cuka! Lalu dia menyanyi.


13. Verrys Yamarno. Pemeran Mahar yang jago kesenian ini ingin menjadi ustad. Cita-citanya adalah masuk ke Pondok Pesantren Gontor, Jawa Timur, atau Universitas Al Azhar di Mesir. “Saya ingin membuat orang jahat menjadi baik,” ujar Verrys


14. Ferdian,Pemeran Lintang mempunyai cita-cita melanjutkan kuliah di Universitas Indonesia atau Universitas Gadjah Mada


gambar
15. Zulpani Fasa, 12 tahun, pemeran Ikal alias Andrea Hirata di masa kecil mempunyai cita-cita Menjadi tentara. Bisa membela negara,” katanya.


16. Mahar asli jadi PNS, guru kesenian di SMA Negeri 2 Tanjung Pandan,diam2 sempat mengantarkan anaknya ikut casting tapi gak lolos. Mira Lesmana nggak tau kalo Mahar ada di antara ortu yg ngantar anaknya ikut casting, baru setelah Mahar pulang ada yg bilang ke Mira.


17. Aslinya Flo ini adek kelas Andrea . yang sekelas itu kakak laki2 Flo (kakaknya jg pindah dr SD PN), tp sang kakak ini tidak diceritakan ama Andrea. Flo ini asli anak pejabat PN yg tidak mau skolah di skolah PN


gambar
18. Syahdan salah satu anggota laskar pelangi yang sekarang menjadi konsultan IT adalah yg diam-diam membawa naskah LP ke penerbit tanpa Andrea tau


gambar
19. Aman alis Akiong pernah menyebutkan bahwa menurutnya Laskar Pelangi: Chandra Prana, Syahdan Wahyudi, Alpino, Iwan, Ahmad Fajri, Andrea Hirata, dan satu nama perempuan, Hartati. Yang disebut Mahar dan Samson, kata Aman, bisa jadi Ahmad Fajri—sekarang guru di SMA Negeri 2 Tanjung Pandan—dan Alpino. Sedangkan Lintang? ”Saya hanya tahu ini. Kalau Lintang, tanya Andis,” ujarnya sambil tersenyum.


gambar
20. Harun Karena cacat mental sekarang dirumah saja, menemani ibunya. Harun sering datang ke lokasi syuting, lalu dia cerita: “tadi lihat syuting film, ada Andis “.


21. Sempat syahdan dan Kucai asli ditanya wartawan siapa yg paling pintar dikelas, berdua serempak jawab: ANDIS!( kenapa bukan lintang???tanya kenapa? ) :? ,Bahkan bu Mus ketika ditanya siapa Lintang? dia menjawab “saya tidak ingat,siapa lintang?”(mungkinkah jika Bu mus tidak ingat, anak sejenius lintang? )


gambar
22. Saat di Kick Andi andrea menyebutkan bahwa foto tersebut tidak detail yaitu Syahdan (jongkok, kanan), Sahara (satu2-nya cewek)
pada waktu itu para penonton lgsg histeris, “LINTANG, YG MANA???”
Dan Andrea dgn cool bilang, “Rahasia…”


23. Riri Reza berhasil menjinakkan ”keganjilan” pada beberapa bagian novel Andrea. Mahar yang mengagetkan Bu Mus dengan tiba-tiba menyanyikan Tennessee Waltz karya Anne Murray dan ”si jenius” Lintang yang berdebat hebat tentang cincin Newton dalam lomba cerdas cermat ”dibumikan” Riri menjadi adegan yang lebih wajar bagi seorang anak. Riri mengganti Tennessee Waltz dengan Bunga Seroja, yang justru memperkental roh Melayu ke dalam film. Dan untuk adegan lomba cerdas cermat itu, secara tak terduga Riri mengubahnya menjadi drama yang menggetarkan


24. Tokoh Pak Mahmud yang ditampilkan oleh Tora Sudiro, menghapus seluruh tato di tangannya dengan ”dempul” make-up, sebenarnya di Novel Pak Mahmud adalah tokoh antagonis tapi di Film menjadi tokoh yang membela SD Muhammadiyah saat Cerdas Cermat


gambar
25. Buaya dari Film Laskar Pelangi meminjam buaya dari Museum Pemkab Belitung

laskar pelangi yang realistik




Ketika paper masih berbaki 5 subjek lagi, ketika kami kegembiraan selang paper seterusnya ialah 3 hari cuti, ketika hampir terkandas mengenangkan paper yang dah berlalu... kami belajar nilai-nilai murni dari lakonan bersahaja 10 orang kanak-kanak miskin... kami mengutip semangat mereka yang gigih berusaha, walaupun semuanya serba tidak mencukupi. Itulah kisah laskar pelangi, 10 orang anak kampung yang gigih mengejar cita-cita.

“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya... bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya...”

“Sekola dengan dasar budi pekerti, demi tertegaknya akhlaqul karimah, akhlaq yang baik....”

“Sekolah ini adalah sekolah di mana pendidikan agama, pendidikan budi pekerti, bukan sekadar pelengkap kurikulum..”

“Kecerdasan, dilihat bukan sekadar dari nilai-nilai, bukan dari angka-angka itu..bukan, tapi dari hati..”

“Orang..biasanya ni, kalau sudah terlalu nyaman, pnya kekuasaan , punya wang banyak, lupa diri.. Mahu tambah kekuasaan, tambah kekayaan, menghalalkan semua cara...”

“Dia ingin aku ada cita-cita nok tinggi Kal... kita semua harus punya cita-cita...dan di sekolah inilah perjalanan itu kita mulai..kita harus terus sekolah..”

Mantera Tuk Bayan Tula.. “KALAU NAK PINTAR, BELAJAR, KALAU NAK BERHASIL, USAHA”


Laskar Pelangi ni rupanya adalah cerita sebenar yang diceritakan oleh Andrea Hirata. Watak-watak dalam cerita ini merupakan ksiah dan pengalaman Andrea (Ikal) semasa kecil.. dan Bu Muslimah pun sedang menunggu ‘pencen’nya.


“KITA HARUS TERUS BELAJAR....” ingat tu Huda,,,,,
Semoga ilmu-ilmu itu berguna di padang praktikal, bukan teori semata, berguna pada faedah ukhrawi, bukan duniawi semata...
ALLAH bersama kamu dan aku... ameen 10x

cerita LP ni penuh realistik! tidak seperti cerita lain,
maka... saksikanlah, penuh nilai tauladan..
anda akan berpuas hati..


semua orang x sabar tunggu sequel LP ni

good bye sem 2....

post mortem post mortem !
(syukran bro shahrir yang bagi ilham nak buat benda alah ni)

these are somethings that i want to share in sem 2 :

1. Physical pharmacy
- Faham lebih penting dari menghafal
- Sangat perlu untuk memahami konsep dan huraiannya sebaik mungkin
- Tidak perlu menghafal
- Topik yang sedikit dan bersangkut paut

2. Pharmaceutical Microbiology
- Topik yang sangat banyak
- Mind map dari awal perlu
- Ulangkaji dari awal sampai akhir untuk final

3. Medical Biochemistry
- Konsep sangat penting
- Perlukan kefahaman + hafalan
- Repeatation, yes it’s a must to remember!

4. Pharmaceutical Analysis
- Concept
- Never skip any subpoint esp in electrophoresis

5. IT in Pharmacy
- Important to distinguish the topics. Everything is quite similar.
- Hafalan itu penting

6. UNGS- Knowledge and Civilization
- UNGS yang sangat best dengan Dr HikmatuLlah
- Perlu skor pada assignments@carry marks
- Final perlu lebih serius dalam hafalannya

7. Quran Class / Halaqah
- Repeatation is the most essential
- Doa banyak-banyak!!


sWoT SWOT SWOT!



Strength
- Solat dan Doa. Deep faith. NasrumminaAllah.
- Kaedah baru dalam belajar. Thanks K. Muni ^.^
- Semangat untuk prepare awal
- Prepared notes-walaupun tak semua
- Group study n discssion. Thank u roomates,baiti n Afifah. somewhat present from ALLAH... ^.^

Weakness
- Luntur semangat di saat-saat akhir
- Semangat juang yang rendah
- Tak sempat revise all notes di saat akhir esp MCQ
- Mudah terkesan dan terpengaruh dengan benda-benda tak sepatutnya (sigh..)

Opportunity
- Library’s condition yang sangat baik untuk study
- Kawan-kawan yang rajin, pandai, dan bermotivasi (siapakah? Hehe)
- Kelengkapan yang cukup (laptop, tenet, board) bersyukur da...
- Home! (amik semangat dari mak ayah)
- Nota dari kawan2 yang rajin. he he. thank u nani, aini, yana, ika, n everyone.
- Hubungan dengan lecturers. kene baik lagi lepas ni =)
- clues and spot from lecturers and friends


Threat
- Semangat yang down secara tiba-tiba
- Kerja yang datang tiba-tiba
- Segala macam perasaan dan sikap yang negatif!
- Kalah dalam the battle dengan makhluk ALLAH yang bertanduk

ade orang pesan, exam ni waktu yang boleh kita rebut unuk dekat dengan-Nya. kita belajar ilmu Dia, dari Dia, untuk kita guna kerana Dia, dan untuk kita kembalikan kepada DIa suatu hari nanti. exam masa yang terbaik~ pulihkan hubungan kita dan DIA yang makin pudar saban waktu. ingatan untuk kau dan aku, insyaALLAH...

exam sudah, result je belum. mari sama-sama tembak doa agar semua lulus dengan cemerlang! selamat berpraktikal~!!