200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
  • suatu lakonan sementara

    waktu itu sentiasa dekat

  • Mencari jalan pulang

    "Wahai orang2 beriman, jagalah dirimu; kerana orang yang sesat itu tidak akan membahayakan dirimu apabila kamu telah mendapat petunjuk" (al-Maidah: 105)

  • Sabar

    (3 : 200 ) Sabar dan kuatkan kesabaranmu, dan bersiap siagalah

  • Jangan engkau marah

    La taghdob, be the strongest person on earth

  • Harta tak akan di bawa mati

    Sok sok Mungkar Nakir soal dalam kubur

Sanah Helwah Aini!

Tuesday, December 9, 2008

A warm birthday wish to my beloved bestie, Noor Aini Esa! Welcome to 'kelab orang2 tua' deh 10.12.2008. May your life be bountifully reward by Allah s.w.t... and ur wishes always come true!

She's my friend since primary school, and we get closed from standard 6.... until now. may our friendship last long..... under the redha of Allah..... that's it ;)

Her Fahri. And yet the same wish for everyone Muslimah =)

Thursday, November 6, 2008

huhu. Bismillahi wasSalam'alaikum. here is a poem, created by Sis Ameera. Tada~


My Fahri is waiting for me,
Just as I am waiting for him.
My Fahri preserves himself & lowers his gaze
Till he meets me & be amazed.

My Fahri speaks gently
and advises much.
My Fahri restricts his dating-fun
Till he meets me, his beloved one.

My Fahri fears Allah
and never miss prayers.
My Fahri cries over his past sins at night
Till I come by & make him feel light.

My Fahri loves the Prophet
and tries to emulate him.
My Fahri will take my breath away
in real life, just as in my dream.

My Fahri never forgets his siwak
and tries to always have wudhu’.
My Fahri treats the sunnah as wajib
& leaves the subha for fear of making a slip.

My Fahri will be shy
when we finally meet.
And make me blush
& I’ll stare at my feet.

My Fahri will love me for my efforts today
and forget my past as I forget his.
My Fahri & I will build a bond
with parents’ blessings, 2 rings, & our first kiss.

My Fahri will whisper sweet words to me
that has never been heard by another girl before.
My Fahri & I will create memories
of jemaah prayers, qiyamulail, & more.

My Fahri will read the Qur’an to me when I am down
& I will read to him when he asks me to.
My Fahri, my Imam, in this life & the next,
Do you know that I am missing you?

My Fahri will understand my dreams & goals
and will support me in my quest for ma’rifatulLah
My Fahri does not distract & obstruct me
but increases my love for the Prophet & Allah.

My Fahri will always greet me with a smile
even if he’s had a bad day at the office.
And I in turn will adorn myself & wait at the door
smelling nice & looking good & ready with a kiss.

My Fahri will share with me his deepest secrets,
his many dreams & biggest fears.
I will be his wife & best friend,
his comforter, his recharge & wiper of tears.

My Fahri & I will take turns
to wake the other up for tahajjud.
My Fahri will still call me gorgeous
when I’m not looking too good.

My Fahri will never raise his voice at me
but advise & admonish me firmly.
My Fahri will know I cry easily
and will cry with me or wipe my tears for me.

My dear Fahri, I hope you know I’ll always need you
despite my notorious independent streak.
This girl will love you more than all her books
that has made her into this geek.

My Fahri will love my parents as if they were his
and I will care for his parents like they were mine.
My Fahri reads widely, thinks deeply & prepares for the next Life
but never neglects me in his dua, like he is always in mine.

My Fahri & I will love for Allah
we’ll make a great tag team.
My Fahri is waiting for me,
just as I am waiting for him.

_________________

i got this sweet poem from a sweet blog. a long poem yet so meaningful. and i also wish the 'fahri' with the same chacteristics.haha.. ouh, for sure it takes a lot of efforts and mujahadah(quote from syud).. it's time to rejuvenate huda!! holiday time spoilt u too much. too blunt, too weak, too lazy to read. let's prepare for the next 'battle'. with all Allah's love and care. and i also dedicated this poem to my dearest beloved sisters, kak yi and kak ya, whom deserve to meet 'Fahri' earlier than me. heh. and not forgetting also to all my friends. insya Allah.

a huge thanks and appreciation to Siss Ameera (the poet). she's available at her blog :

http://alfaqeer.wordpress.com/ ( and i'll linked u after this..)

Terkini : Razak Baginda Bebas

Monday, November 3, 2008
Sabtu Berita Harian : Penganalisis Politik, Abdul Razak Baginda telah dilepaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu berikutan pihak pendakwa gagal mengemukakan kes prima facie terhadap terhadapnya.

p.S: Saya sungguh terkejut ketika mendapat berita ini. Saya sebenarnya telah tahu 2 hari sebelum kisahnya menjadi paparan muka depan akhbar melalui kiriman SMS dari seorang rakan. Kes ini bukan calang2. Perbicaraannya memakan masa 2 tahun. Kehadiran P.Balasubramaniam (kalau x silap, dia ni penyiasat persendirian Razak) yang mendakwa kes Altantuya ini ada kaitan dengan Najib Razak (you-know-who), kes penarikan kata-kata semula, dan kehilangannya selepas itu sangat menghairankan semua. Wallahu'alam..

apa respons anda? sila undi polls di sebelah..(",) syukran.

wajah baru. satu hijrah.

Thursday, October 30, 2008
Bismillah walhamdulillah,

Assalamu'alaikum pembaca setia,
Hari ini malan blog ini berwajah baru. bukan dengan layoutnya, tetapi dengan tajuk dan url. Atas nasihat kakak dan pandangan peribadi, saya lebih selesa jika url lama ditukarkan dari luqmanhafizi kepada wwwikhlas. kurangnya kontroversi dan anggapan yang bukan-bukan walaupun pada hakikatnya hanya sekadar nama blog =).

uh.. semoga dengan nama baru,

akan terhasillah isi yang lebih bermanfaat,

lebih hidup,

dan lebih selalu diupdate.

jangan tinggalkan blog anda sampai berlumut...

Terima kasih kepada semua^^ segala komen cadangan dan sebagainya bolehla disalurkan ke kotak 'comments'. jangan salurkan kat lubang tandas pula. nanti dipam, entah hilang ke mana. heh.

2 peristiwa

Wednesday, October 29, 2008
::2 peristiwa yang ingin aku kongsikan ::

peristiwa 1 :



Tersebutlah al kisah, 2 orang beradik. Si Rajin abangnya dan Si Kuat Berusaha adiknya. Pada suatu malam, Si Kuat Berusaha tertidur dalam keadaan tidak bersolat Isyak. Si Kuat Berusaha tersedar apabila terdengar ayahnya mencari-cari kunci pintu. Keadaan sedikit kecoh di ruang tamu. Ditambah pula dengan bunyi kucing menderam di luar. Lalu, teringatlah Si Kuat Berusaha akan abangnya yang meninggalkan kunci tersebut di atas rak usang di luar rumah pada siang hari. Si Kuat Berusaha yang berkeadaan mamai bangun dan keluar dari bilik menemui abangnya, Si Rajin, untuk bertanyakan sesuatu. Keadaan di ruang tamu telah kembali sunyi, dan ayah telah masuk tidur.
"Abang, kunci yang abang ada letak kat rak luar tu dah ambil semula? "
" Dah."
"Kenapa kucing- kucing tu bising?"
"Bergaduh."
"Kucing-kucing tu ada dalam sangkar ke tak sekarang?"
"Dalam sangkar.."
"Eh, abang dah solat 'isyak belum?"
"Dah. Hish banyak tanya la awak ni. pergi la tidur"

Lalu Si Kuat Berusaha pun kembali ke biliknya untuk mengambil wudhuk dan bersolat 'Isya. Sambil memikirkan tentang perbualan dia dan abangnya. Bertanya tentang solat tetapi dia masih belum menyempurnakannya (dari sumber asal- 'aku bukan nak cakap bertanya itu salah')

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan " (Surah as-Saff : 2-3)


peristiwa 2 :

Tersebutlah alkisah, seorang manusia Si Teliti. Kisahnya hidupnya mudah. Dari kecil, sangat gigih berusaha. Mencapai kejayaan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan(upsr, pmr, spm, stpm). Memperoleh '1st Class' dalam ijazah sarjana muda. Kejayaan demi kejayaan diraih (degree, master, dan PhD). Menceburi alam perniagaan. Menjadi kaya raya. Menderma kepada anak-anak yatim dan orang yang memerlukan. Pendek kata, hidupnya berjaya. Bak kata orang, menjadila. Seperti cita-cita yang diidamkan setiap insan, tak gitu?

"Katakanlah (Muhammad), " Apakah perlu kami beritahukan orang yang paling rugi perbuatannya?: (Yaitu) orang yang sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia, sedangkan mereka mengira telah berbuat sebaik-baiknya."
(Surah Al-Kahf :103-104)

Langkah berjaga-jaga :
1. Nama watak-watak di atas hanya sekadar pada nama rekaan.
2. Cerita di atas tiada kena mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.


Sekadar renungan kita bersama.
Dapat disimpulkan,
peristiwa 1~ Dalam hidup seharian, terlalu banyak kata-kata mendahului perbuatan. Omong kosong. Cakap berapi, p*ngg*ng berasap. Atau boleh diibaratkan sebagai 'KEBAHAK' seperti kata abang mior yang bermaksud-kerja banyak, habuk tak dak. heh. Dan Allah juga telah mengingatkan kita di dalam firman-Nya seperti di atas.

peristiwa 2~ ayat ni aku temui ketika bedah Quran semasa 10 hari terakhir bulan Ramadan lepas, di Masjid Kolej Islam Malaya yang suasanya sangat permai untuk ber'ibadah. Ayat yang memberi kesan di hati. Dalam hidup seharian(mengulang kata-kata di atas.heh) , sudah tentu pelbagai benda baik telah dilakukan pada zahirnya, namun begitu, Allah telah memberi peringatan yang tidak mungkin tidak amalan-amalan kita itu akan menjadi sia-sia. Dan pada saat itu, RUGInya kita. Bersamalah muhasabah. Mungkin ramuan ikhlas, tawadhuk, khusyuk, dan sebagainya tidak diletakkan bersama. Atau mungkin ramuan-ramuan tersebut 'tenggelam' dek ramuan riak, takabbur, 'ujub, dengki dan sebagainya yang lebih 'merajai' hati. Segalanya soal hati... Allah...

Aku yang membaca berteleku dia atas sejadah, menyesal dan bimbang memikirkan, amalan apa yang aku akan bawa bersama apabila aku berpindah alam, sambil berdoa "Allahumma taqabal minna dua'ana, wa solatana, wa a'malana..ameen"



fikir......dan zikir. Allah.....








ujian

Wednesday, October 22, 2008
Bismillah..

Berita yang sy dapat pagi tadi mmg mengejutkan. Panggilan telefon dr Liyana Mustafa mmg mengejutkan. Mata yang mengantuk terus terbuka segar ikut sama terkejut. Astagfirullah! Aisyah accident?? Mmg x disangka. Sapa yang sangka, malang memang tak berbau. Kalau berbau, sapa yang nak menempuh malang. Sapa yang sangka, kawan yang kite slalu bergurau hari-hari, berjumpa hari-hari, berbual hari-hari(dalam bahasa pasarnya, kawan yg kite dok galok ngan ye hari2) tiba-tiba terlantar di hospital. Menimpa kemalangan yang tidak diingini. Aisyah cedera di muka, dan bahu. Kecederaan yang macam mana, tak perlulah saya sebut di sini.

Aisyah, dugaan yang awak terima benar-benar menguji kekuatan. Bersyukurlah, kerana Dia sangat menyayangi awak, dan pilih awak untuk mendekati-Nya dengan kejadian ini. Sudah pasti hati akan sering mendambakan kasih dan simpati dari-Nya, dalam diam ataupun tidak, dalam tidur ataupun sedar. Awak insan bertuah yang sangat kuat untuk terima dugaan ini. 'La tukallifullahu nafsan wus'aha' Tatapilah firman Allah ini. Firman ini akan memberi kekuatan kepada awak. Janganlah mengeluh dengan dugaan yang bertimpa-timpa, tetapi bersyukurlah kerana Dia sangat sayangkan awak. Saya teringat kejadian petang itu,beberapa hari sebelum kita sama-sama menduduki ujian akhir maths. Kita sama-sama berkongsi kesedihan, sehingga saya kelu ketika awak menitiskan air mata. Bersabarlah, Yakinlah. Sesungguhnya awak mmg kuat di antara kami.

Ramai sahabat2 meninggalkan pesan kepada saya, tak kurang juga yang telefon bertanyakan khabar, dan yang meninggalkan doa2 agar aisyah cepat sembuh. Kami semua sayang awak! Syafakillah ye Aisyah..! La Tahzan! Allah merinduimu~! Kami doakan juaga agar ibu dan family awak sentiasa si bawah lembayung rahmat-Nya..

Ujian dalam sedar, ialah ujian yang dialami sahabat saya, Aisyah. Namun, ujian di luar sedar yang berupa ketengan, kebebasan, kelapangan, dan sebagainya, lebih bahaya. Kita yang sihat dan duk goyang kaki senang lenang kat rumah ni pun tengah ditimpa ujian. Ujian adakah kita mengingati-Nya, secara khusyuk dan tawadhuk di dalam kesenangan? Waduh, lagi payah untuk kita hadapi! Tepuk dada tanyalah iman. Seperti nasihat seorang sahabat yang slalu mengiringi sebelum peperiksaan, kuatkan mujahadah! insyaAllah... (^_^)

selamat hari raya 'aidilfitri

Tuesday, September 30, 2008
Bismillah wa Assalamu'alaikum..

Berakhir sudah Ramadhan, dan Syawal menjelang lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua dan maaf zahir dan batin atas sebarang salah silap, dari mulut, hati, tangan, mata, dan sebagainya. Ana seorang yang faqir dan tidak terkecuali dari melakukan maksiat2. Maaf dipinta kepada semua >:D<
minal 'aidil wal faizin, semoga kembali kepada fitrah dan menjadi org2 yang berjaya.. hasil dari tarbiyyah ramadhan. 11 bulan berikutnya, akan memperlihatkan sejauh mana keberkesanan ramadhan ke atas diri. mudah-mudahan bertambah baik, btul x? insyaAllah (^_^)

the 'tazkirah' during 'i love islam' program, pj..

Saturday, September 27, 2008

Bersyukurkah aku??

Bismillahirrahmaanirrahim..


Wah, hari ni aku still sangat bertuah! Masih lagi dapat segala nikmat-nikmat yang aku nikmati semalam! Keupayaan menghidu, merasai, melihat, mendengar, dan macam-macam lagi.. Menghidu makanan dengan hidung, yang dimana berlakunya percambahan selera, impuls dijana ke otak, perut berkeroncong menjadi lapar, dan seterusnya berlakulah penghantaran maklumat-maklumat kod yang menyebabkan air liurku meleleh.. Duh.. semua tak terkawal bai.. Keupayaan melihat lagi satu.. yang aku selalu lupa untuk berterima kasih kepada Yang Menciptakan.. Aku berupaya lihat alam sekeliling, pokok, langit, burung-burung, kucing, kawan-kawan, madam kelas aku cun.. lagi, x lupa juga.. pelajar perempuan kat kelas aku.. bukan nak cakap ape, tertarik jugak hati nih..kadang-kadang bila syaitan suka duk kat telinga aku, mujur ade jugak malaikat menggerakkan hati aku untuk mengingat merekalah perhiasan dunia semata.. yang paling penting, aku dapat kenal diri aku..sifat fizikal aku.. rupa aku.. dengan adanya bantuan sepasang mata ni.. mata melihat dari dalam cermin yang hidungku kemek. Lalu impuls dihantar ke otak secara melompat-melompat melalui setiap nodus ranvier. Selepas setiap halangan myelin sheath yang dilalui, Alhamdulillah, akhirnya serebrum dapat jua menafsirkan yang hidungku kemek. Alangkah indahnya pabila ku dapat membuat kesimpulan bahawa aku adalah insan yang sangat hensem dan sempurna dengan hidungku ini… bukan nak bangga, tapi kalau dah kenyataan, kena terime jugelah.. baruku sedar, aku merupakan seorang insan yang sangat sempurna!

Kalaulah aku tiada mata untuk melihat, telinga untuk mendengar, hidung untuk meghidu, hati untuk merasa, ini bermakna, segala keindahan dunia hanyalah menjadi ilusi sahaja. Alhamdulillah, sesungguhnya nikmat Allah kepadaku saaangat luas! X terungkap luasnya... Dan nikmat yang paling besar aku nikmati kini ialah nikmat menjadi Muslim dan iman di dada.. Aku tahu segala keupayaan yang aku nikmati ini ada yang mencipta-Nya. Tak logiklah pulak kalau sesuatu wujud tanpa Pencipta. Kalau kat dunia ni pun, segala robot dan mesin ada tangan manusia yang mencipta. Dan sudah pasti tangan manusia ini ada Pencipta. Aku mahu menjadi orang yang bersyukur sepanjang masa, kerana walaupun aku tak nampak Allah, tetapi segala nikmat-nikmat yang Dia kurniakan cukup membuat aku rasa kerdil, hina, dan lemah. Walaupun aku terfikir yang alam ghaib ini semuanya ilusi, namun aku yakin bahawa Allah sudah pasti ingin menguji hamba-hambaNya yang sering dilimpahi nikmat yang melimpah ruah. Adakah hamba-Nya lalai dan leka, sedar dan waspada..wallahu’alam. Sekadar mengulang kata-katafavourite’ madam bio aku, ‘Setiap kejadian dan apa yang diciptakan Allah pasti ada hikmahnya..’

Aku berteleku di tikar sejadah, mengangkat tangan penuh mengharap,

Ya Allah, jadikan kami hamba-hamba-Mu yang selalu bersyukur akan nikmat-Mu, supaya kami takut melakukan sesuatu yang menentang syariat-Mu.. ameen..”

0109 tarikh bermakna untuk kami berlapan

Monday, September 1, 2008
01 09...
tanpa kau lahir
di tarikh ini

tiada kami berlapan

yang dahagakan belaianmu
yang bergantung kepadamu
yang sering meminta2

Engkaulah yang mengasuh

mendidik

menjaga
membelai

mengambil berat

yang segala-galanya


Kami berdoa

agar dirimu sentiasa dirahmati-Nya

agar kelak dirimu menjadi
salah seorang dari penghuni syurga-Nya

Kami amat bersyukur kepada Allah

kerana mengurnikan percikan kasih sayang al-Wahhab kepadamu

agar mengasihi kami

tanpa batas

tanpa syarat

tanpa penat

...itulah kasih sayang seorang ibu...

Maafkan kesalahan kami semua ma~

Selamat Hari Lahir Ma dari anak-anak mak yang nakal dan baik2.. hehe~










Ma dan Ayah kat pameran MAHA 2008^^

ahlan ya ramadhan..


salam juang di bulan ramadhan..
masani le aq nak mnguruskan nafsu nafsi yang 'ko gemuk' hari ke hari..
masa untuk bermuhasabah.. akan tanggungjawab2 yang telah diabaikan..
masa untuk berubah...
masa untuk menghargai masa...
masa untuk perbaharui setiap azam..
masa untuk perteguhkan tekad...
masa untuk cari peluang...

segalanya terletak pada diri. kini isu SIKAP diri sendiri mengambil peranan. AKU nak ke tak nak.