200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Back to school_SHAH..

Thursday, March 26, 2009
Bismillah.

Oh, entri ini perlu disiapkan hari ini juga kerana ianya merupakan kenangan manis hari ini. Jikalau esok, sudah pasti akan menjadi sejarah dan tidak mungkin tidak butiran-butiran kenangan hari ini dalam kotak mindaku ini akan hilang dan lenyap sedikit...

Segalanya bermula dengan ajakan Kak Kamilah, dan dipendekkan cerita rancangan ke SHAH hari semalam ditunda ke hari ini.. Dan dipendekkan lg cerita, masa yang dirancang pada 11 pagi dilewatkan kepada 1 petang.. Dek bas yang dinaiki Kak Kamilah bertolak pukul 11 dari Temerloh.. Tak pudar semangat kakak ni walaupun tidak sempat bas 10.00 pg seperti rancangan awal. Akhirnya, kami bertolak dalam pukul 2.30 petang dari Kuantan menaiki kenderaan sendiri.. =)

Sesampainya di pintu pagar SHAH, sasaran utama kami ialah pejabat sekolah, memandangkan pejabat akan tutup dalam masa setengah jam sahaja lg.. Setelah sijil SPM diambil dan beramah mesra dengan kakitangan pejabat- Kak Amnah (anak Kak Amnah dah pn form 2 kat SHAH), kak Sidah, Kak Yati, termasuk Abg Ghani, (Abg Ghani sempat lagi bergurau makin hensem x dia..kalau x silap.. antara jelas dgn tak je apa yg dia cakap td..) kami menuju pula ke bilik guru...

..Inilah babak yg paling menarik aku rasa dalam lawatan kami ini..

Di sinalah kami mendapat tausiyat dan nasihat dari Ustazah Arab kami.. Ustazah Farihah.. Seronok ustazah berdiskusi dgn kami.. Dari satu isu ke satu isu.. Maing-masing dapat perkara baru.. Ustazah dapat perkara baru dari kami, dan kami juga begitu.. Terima kasih ustazah..! Yg aku tak sangka, bila salah seorang dari kami yg minta pandangan ustazah untuk g belajar pondok waktu cuti ni, pondok mana yg sesuai, ustazah cadangkan... TAK PERLU.. Terkejut kami dibuatnya.. Tapi, bila fikir-fikir balik, banyak kebenaran kata-kata ustazah.. Kebenaran yg ‘simple’ tapi tak dapat dilihat dek akal kami.. Berikut adalah sebahagian dialog kami dengan Ust Farihah :


“ Ustzah, apa pendapat ustazah kalau kami nak g belajar pondok cuti ni? Pondok mana ye yg ustazah tahu..?”

Dengan pandangan yang agak ‘pelik’, ustazah membalas..

“Awak ni kenape..? Nak g belajar pondok pulak? Kenape awak ni... Betul ke nak g mondok-mondok gitu.. mak awak cakap ape? Tak takut..?”

“Er.. mak kasi je. Nape ustazah?” Tanya salah seorang dari kami terasa cadangan kami ini tidak disambut oleh ustazah seperti yg kami duga.

“ Hmm... kalau sayalah, saya tak akan g ngaji tuh.. x kan g lah mondok ni.. saya akan.. duk rumah je dgn mak ayah. Baru best...”

“ Ha...? Nape macam tu ustazah?” Tanya yg tadi terlopog kehairanan.

Jawapan ustazah... Masa cuti ni la nak duduk dengan ibu bapa tersayang.. Waktu ni la nak belajar macam-macam kat rumah.. Lepas kamu cuti ni kamu belajar lagi.. Duk jauh dengan keluarga.. Kemudian ada yang akan kahwin.. Ha.. bile lagi nak bersama dgn mereka.. Dah 5 tahun kamu dah habiskan masa kat SHAH ni ha.. Kalau ustazah, ustazah g masjid2 dekat situ je.. Denga ceramah.. Cuti ni 4 bulan je kan? Uh.. peluang tu.. Gunakan sebaiknya ruang dan peluang ni.. Nanti bila kita dah x berpeluang nak bersama mereka.. barulah masa tu kita nak mensal.. baru la masa tu tanya kenapa kenapa kenapa kat diri sendiri..

Ustazah siap kasi contoh lagi beberapa aktiviti dan kerja amal yg boleh kami buat...

Kami tersenyum dan mengangguk-angguk mengakui kebenaran kata-kata ustazah...

‘Sesuatu yg simple, tapi terlepas pandang...’ ujarku dalam hati.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada ustazah, aku teringat kepada anak-anak (seperti di kacat TV) yang pabila balik rumah sahaja, bahan komunikasinya hanyalah PS2, computer, internet yg tidak sudah-sudah, drama Korea satu persatu-satu, motorsikal@kereta, outing memanjang, gitar, komik, dan senarainya yang tidak muat kertas... Kita seringkali homesick tetapi ‘home’sick kita bukan tertumpu kepada asas utama ‘home’ itu sendiri.. tetapi kepada ’perkakas2’ lain yg mengalihkan perhatian kita daripada apa yg patut kita tumpu... aku tak cakap siapa2.. itu adalah gambaran lakinan anak-anak di dalam TV.. dan mungkin aku juga turut tergolong dalam golongan tersebut.. huu... insaf, ustazah!

Pandangan ustazah yang sangat mencubit hati. Sedih apabila terkenangkan tanggungjawab untuk membahagiakan mereka, kedua orang tua... Terima kasih ustazah Farihah.. kami tersenyum simpul dan meneruskan langkahan kaki untuk meneroka SHAH dan isi-isinya yang telah bertukar wajah semenjak kali terakhir kami berada di sana.

Di aspuri, terdapat beberapa insiden yang aku rasakan kelakar kerana ada adik-adik exco yang mengadu tak sabar nak letak jawatan ( eh..baru je pegang jawatan, dah x sabar nak letak...), ada yang minta tlg aku buat silangkata arab sempena bulan bahasa yg berlangsung (tapi aku dapat tolong skit je, yg senang skali.. sampai ada orang lain yang jeles..), tersalah panggil orang, dan sebagainya.. Aku tak sempat nak naik ke aras aminuddin dek masa yang suntuk.. Kak Kamilah sempat berlegar-legar di aras kesayangannya, Murad.

Selepas berjumpa dengan beberapa orang adik-adik junior, exco aspuri dan exco baiah yg kami kasihi, antaranya Syira (dah jadi PKP ex-dormmate ni), Liyana Hamizah, Najwa, Rabiatul, Mahirah, Zainina, Engku Hidayah, Fatihah, Alifa(adik yang manja, heh), Hamizah(adik Qhayyum), Ain(lupa nama dia), Amira (anak sedare pn hjh Zabedah), Suhana, Shafaah (adik kandung Syafwan), Aida (NP Bai’ah), Fatin, Farhana( juga ex-dormmate yg ceria), Izzati (rumah Abd Rahman), Hasanah, Iffat (siap tanya lagi aku ttg silangkata Arab) dan beberapa orang insan yang tidak disebutkan nama (jangan kecil hati ye), kami berangkat pulang kira-kira 6.30 petang.. Pemergian kami diiring oleh dua orang adik yang agak rapat denganku,Alifa dan Farhana yang tidak percaya kami menaiki kenderaan sendiri..

Oh, tambahan nama seorang lagi.. Anis Syuhada..adik Dinah.. special place ni akak tulis kat bawah ni dik..

Kelihatan kelibat Alifa dan Farhana yang jadi escort kami sebelum pulang..Selamat Tinggal!

Semoga dengan perjumpaan sebentar kami tadi, lebih tereratlah ukhuwah Islamiah sesama kita.. Kepada adik-adik yang ditaklifkan sebagai pemimpin pelajar, kami doakan agar dapat menjalankan tugas dengan baik..khususnya kepada Syira dan Aida.. Kepada exco Bai’ah, selamat berusaha mewujudkan hawa dini (istilah evergreen bai’ah) dan ‘dinah’ yang lembap sepanjang tahun... Selamat Menduduki SPM tahun ini kepada semua.. bittaufiq wannajah..!

Andai anda semua terbaca entry ini, silalah contact kami, sebab kami x sempat nak amik emel dsb dari kamu semua.. Moga berjumpa lagi....~ Wassalam =) =) =)

8 thoughts from optimists:

  1. qamar_muneera said...:

    bismillahirrahmanirrahim...
    satu entri yang bagus. bagi kak munirah, kak munirah setuju dengan pendapat ustazah Farihah sebab perkara tu memang termasuk dalam agenda pengisian cuti kak munirah. mula-mulanya kak munirah memang bercadang untuk pergi mengulang kat pondok, tapi satu hari kak munirah bersembang dengan kak wan salihah sebelum balik bercuti. dia cakap dengan kak munirah cuti ni dia nak manfaatkan betul-betul untuk bantu mak dia .dia nak berbakti kepada maknya katanya. jadi kak munirah pun fikir balik idea untuk pergi pondok tu. sebab nak pi pondok juga kak munirah takut tak mengulang kat rumah dan tak boleh konsisten dengan amalan-amalan ibadah lain. tapi bila fikir-fikir balik, lima tahun kak munirah duduk kat sekolah agama, kemudian sambung kat DQ pulak sepatutnya kak munirah dah boleh latih diri untuk istiqamah walaupun ya memang susuah. akhirnya, kak munirah ambil keputusan untuk duduk di rumah saja dengan hasrat bantu ibu dan ayah. luangkan masa lebih dengan mereka. mak pun selalu mengeluh asal balik saja kak munirah tak lekat kat rumah sebelum-sebelum ni.kebetulan ada adik yang nak exam SPM tahun ni. boleh lah kak munirah tolong-tolong.dah dapat kontrak dari ayah jugak.hehe ayah mintak tolong terjemahkan kitab dalam tulisan jawi ke tulisan rumi. dua buah pulak tu! huh jenuh jugak tapi tak pe gembira sebab sumbangkan sesuatu untuk mereka. memang susah nak mengulang kat rumah, tapi itulah dipanggil mujahadah, bukan?

  1. qamar_muneera said...:

    pendapat ini boleh jadi diterima, boleh jadi tidak. jadi bagi sahabat-sahabat yang pergi ke pondok, tahniah juga diucapkan. tentu pelbagai ilmu baru mereka dapat. tapi bagi kita yang tak pergi tak bermakna tidak boleh cari lilmu kan.dua-dua ada kebaikan dan keburukan masing-masing. untuk makluman huda, esok ada kuliah bersama Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki Marbu di Dewan Bandaran Kulim, Kedah...

  1. Salam pandangan ana wanita pondok sgt hebat.Mereka mendapat tarbiah semulajadi dan tidak perlu modul2 yg dibuat dlm tamrin cthnya.usah pertikai kewibawaan wanita pondok.ana tahun lepas pernah g pondok dan ana akui kehebatan wanita pondok.Bukank ke bagus duit yg diberi Mak Ayah dibelanja di jalan tarbiah.sekadar pandangn dari si Jahil

  1. oryza sativa said...:

    assalamualaikum, Huda..
    betul jugak ckp Ustazah Farihah..
    byk cara lain yg utk blaja ttg Islam..

    aku sbnya rindu kat sek lama, SHAH Pekan... dulu b4 fly, smpt jumpa cikgu2 SHAH... x sangka anak Kak Amnah masuk SHAH jugak... tp yg aku tau, anak2 cikgu SHAH mostly ada kat situ....

  1. Dinie said...:

    salam huda,
    aku tak tau nak komen apa pasal perbincangan sekolah pondok tu,

    tapi,terima kasih ek sebab tambahkan rindu aku kat SHAH..aduhh.balik SHAH haritu pun kejap je..
    dan Bai'ah macam mana sekarang?teringin aku nak tau.

    wassalam

  1. DaruL said...:

    Wassalam. syukran kat semua yg komen.

    Kak Munirah - betul kak. setuju sangat. memang satu tarbiah duduk umah.. banyak kerja kat rumah tu tapi kita yg x cari. huhu. saya rasa, talaqqi boleh kita cari semasa sambung belajar nanti.. satu lg pesanan ustazah farihah, time ni awak kena persiapkan diri dengan macam2 kemahiran. Mcm jadi supergirl la. masak, jahit, buat kuih, buat kek, mandu, dsb. Kalau bg lelaki pula, time ni boleh belajar bertukang, cat atap, berkebun, baiki paip, baiki siling bocor, baiki motor, dsb lah dari ayah. Tapi kalu perempuan jadi super-super girl dan belajar kemahiran lelaki, apa salahnya, lg mantap.. lepas ni bila smbg belajar dah susah nak belajar dari mereka.. gunakan peluang sementara ada kan? :) tQ
    -ilmu dr kuliah tu jgn lupa diblog ye.. terlepas tiket flight g kulim..

    pencinta_tarbiah- syukran atas pandangan.

    amir - :) a'a, dah ramai. dari cikgu sampai kakitgn. Adik2 ex-shahian pn ramai jugak..

    dinie- Bai'ah.. dari pelajar puteri, aku tengok mcm kita dulu jugak.. kasihan diorang mcm sedih je.. maybe diorang rasa berat ats amanah yg memang berat tu.. Izzat jadi pengerusi.. aku pn x kenal yg mana satu.. yg putera aku x tahu.. tapi waktu petang tu denga la ade org conduct mathurat lepas asar.. satu pembaharuan :)

    -hudaidris-

  1. Salam alaik adik chumel...
    g sekolah ke ri tu?
    emm..im also missing dat school..
    huhu...
    da ade plan pape ke..?wif kamilah...
    ill be back to malaysia dis august..maybe...we can meet..hehe...

  1. DaruL said...:

    huhu, salam kak.
    a'ah haritu g skolah ngan kak kamilah..
    plannya pasal bai'ah shah la.. hihi, tanya la kak kamilah..
    boleh2, insyaAllah..
    batch kami ade plan nak g bulan 5 nih.. =)

Post a Comment