200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Nilai_ kek untuk ibu

Tuesday, March 31, 2009


Kek untuk ibu

Kelihatan di suatu sudut di pantai, terdapat 2 orang kanak-kanak lelaki sedang bermain pasir bersama-sama sambil bergelak ketawa. Hanya mereka berdua. Salah seorang dari mereka bangun dan pergi mengutip kulit-kulit kerang yang sudah mati. Pabila sampai, lagi seorang bangun dan berlari ke kawasan paya bakau dan kembali berlari-lari dengan seronoknya sambil menjerit, “Adik, abang dapat ketam.. ketam.!” Ketam bercangkerang sebelah itu dipegang di tangan kanannya sambil berlari laju. Abang gagal berhenti dengan baik lalu terlanggar adiknya. Abang ketawa. Dan turut disambut oleh adik.

Seronoknya. Lintas hati kecilku melihat mereka.

Aku mendekati mereka.

“Buat apa ni dik?” soalku.

“Hi hi hi..” si adik hanya tersenyum sambil mengerling abangnya.

Malu rupanya budak ni.

“ Hehe.. kitorang wat kek! Cantik tak kek ni.. special“

“Cantik. Untuk siapa? “ tanyaku lagi sambil geli hati melihat si adik mencucuk ketam secara terbalik di tengah-tengah kek tu. Bergerak-geraklah kaki ketam tu.

“Hehehehe.. untuk ibu..”

“Oh.... hari ni lahir ibu adikkah?”

“ Taklah.. abang punya hari lahir!” nyampuk adik.

“Aik.. Kenapa buat kek untuk ibu?”

“Saje je kak.. hehehe.. Sebab ibu yang patut sambut ‘birthday’ saya.. Dia dah berhempas pulas berlawan dengan diri waktu nak lahirkan saya 9 tahun dulu.. Dan dah 9 tahun ibu banyak berkorban sampai saya besar panjang camni.. Ditambah pulak dengan 3 orang adik di bawah saya.. Biarlah saya raikan dia waktu hari lahir saya kali ni plak..... Ha adik, da siap pun.. g panggil ibu..! “

Tercengang aku mendengar jawapan acuh tak acuh budak tu. Perasaan malu pun ada.Dari jauh, kelihatan ibu mereka duduk di bawah bangku memangkul seorang bayi bersama ayah mereka. Pabila mereka menuju kearah kami, aku memohon diri untuk pergi dulu.

“Adik, kakak pergi dulu ye. Kirim salam kat ibu adik. Terima kasih dik.. Belajar rajin-rajin.. “

“Ok...” balas abang sambil tersenyum sampai menampakkan lesung pipitnya.

“Bye kak!!!! Bye!!! “ jerit adik sambil melambai-lambai tangan kepadaku..

Aku menyambutnya. Beruntungnya ibu dan bapa itu, mempunyai anak sepintar itu. Aku pula tak pernah terfikir untuk meraikan ibu di setiap hari lahirku. Semoga mereka membesar dengan baik dan menjadi orang yang berguna buat agama dan negara.. Satu pelajaran yang baru buatku, Ibu patut menjadi insan yang diraikan pada setiap hari lahir!

2 thoughts from optimists:

  1. Dinie said...:

    trimas huda kongsi cerita ni..alhamdulillah hati aku tergerak.

    wassalam

  1. DaruL said...:

    sama2 dinie, alhamdulillah nasykuruLlah, bukan aku yang gerakkan hati kau, tapi Allah yang gerakkan tu.. ayat aku mcm tak tersusun dgn baik je, tp alhamduliLah ko boleh faham ak.. sebenarnya, ni adalah cerita rekaan, bukan pengalaman sebenar... =)

    thanks sudi melawat.
    bile lg nak buat blog?

Post a Comment