200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Perihal Masa part 1

Thursday, March 26, 2009


Apa yang akan kita buat kalau semasa kelas, guru memberitahu yg peperiksaan akhir hanya akan tinggal seminggu?

Dah pasti dalam masa seminggu tu kita pulun usaha, buat nota setiap bab, hafal nota, ulangkaji tutorial, kuiz, jumpa madam, menghafal, latihan, dan latihan... sehinggalah hari peperiksaan.
Bagaimana pula kalau esok kita akan periksa? Mahu tak tidur kita dibuatnya.


“Ketar pale nih..ketar pale!” kata lieyana izyan berdialek Terengganu sambil menunjukkan reaksi tangannya terketar-ketar menunjukkan perihal cemas.

Inilah fenomena menghadapi peperiksaan. Baru suatu peperiksaan akhir. Soal menentukan kita layak untuk ke kampus utama atau tidak. Atau, boleh diumpamakan dengan peperiksaan yang lebih besar seperti peperiksaan yang menentukan kita layak untuk melanjutkan pelajaran ke ‘seberang laut’ atau tidak, periksa degree,master, pHd, PTK, dan sebagainya. Segala macam jenis periksa yang penting.

cuba bayangkan pada situasi ini pula :
Seorang doctor berkata kepada seorang pesakit, “ Anda hanya mempunyai masa sehari untuk hidup, maafkan saya..” Apa yang akan pesakit itu buat? Sudah pasti, dalam masa sehari yang diberi ‘hint’ oleh doctor, tiada sesaat pn pesakit itu habiskan dengan sia-sia dan termenung. Dek tekanan masa yang singkat untuk hidup, sebelum dijemput ke alam barzakh.

Sungguh, beruntunglah pesakit itu. Dia boleh membuat persediaan di atas tekanan yang diberi walaupun tidak semestinya dugaan masa doctor itu benar-benar betul.

Kita...?

Kita yang sentiasa di bawah minda sedar atau melangkaui minda sedar sering beranggapan kita masih punya banyak masa hidup di atas dunia ini, dek tiada tekanan khusus seperti kisah doctor dan pesakit di atas. Lupakah kita kepada satu hadis Nabi yang menyatakan, ‘Orang yg paling cerdik ialah mereka yg banyak mengingati mati ...?'


Perihal masa dunia dan akhirat

Masa di akhirat, jauh bezanya dengan dunia. 1 hari di akhirat nisbahnya kepada 1000 tahun di dunia. Jika kita kira-kira menggunakan ilmu hisab yang dipelajari ketika sekolah rendah, purata umur hidup seseorang manusia selama 60 tahun di dunia, menyamai dengan 1 jam 26 minit di akhirat! Allah, sebentar sahaja!
Apa yang aku dah buat selama 1 jam lebih hidup di dunia..? Berisikah bekalan kembara aku itu, ataupun sekadar bekalan kosong berisi angin..?

Nota kepada diri : Gunakanlah masa dgn baik, dan segala tindak tanduk bermula dari hati.. anda dah tahu, anda faham, selamat beramal.......Selamat bercuti 4 bulan kepada sebahagian pelajar ex-CFS.. Ketahuilah 4 bulan itu ialah 28.8 saat.. alangkah pendeknya.. Semoga kita terus istiqamah untuk membuat kebaikan.. Selamat melawan nafsu! Pesanan khas buat DIRI INI SENDIRI terUTAMAnya..

Juga,

Selamat Menghadapi peperiksaan akhir dgn tenang kepada adik-beradikku, Cu Halim dan Cik Yi, dan rakan-rakan, Zalikha di UKM =) dan Dinah di UiTM (exam Arab..) =)

2 thoughts from optimists:

  1. qamar_muneera said...:

    Benda yang telah jauh meninggalkan kita ialah masa yang telah berlalu manakala benda yang dekat dengan kita ialah pertemuan dengan Alllah. masa adalah umur kita. apabila ia dibazirkan ibaratnya kita membazir usia kita. Masa ini anugerah Allah yang terlalu bernilai dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit hatta emas sepenuh bumi sekalipun kita tidak boleh membeli hari semalam yang telah kita tinggalkan. terima kasih atas peringatan buat diri kak munirah yang kadang-kadang banyak membunang masa atau lebih tepat lagi membuang usia. pernah baca cerita ni. kematian motivasi dan reminder terbaik buat kita agar bersiap siaga dan menghargai masa. akak kongsikan di sini
    Dikisahkan bahwa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :-

    1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)

    2. Hasan (anak Fatima r.a)

    3. Husin (anak Faimah r.a)

    4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a

    Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu ? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah S.A.W."
    Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat atau orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-buruknya)."

    Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-

    1. Hendaklah ia menjaga solatnya

    2. Hendaklah dia bersedekah

    3. Hendaklah dia membaca al-Qur'an

    4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

    Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :-

    1. Jangan berdusta

    2. Jangan mengkhianat

    3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini)

    4. Jangan kencing sambil berdiri

    Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan siksa kubur itu berpunca dari kencing."
    Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam siksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulama' atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah. Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini.

    Jangan sekali-kali kita berfikir bahwa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal. Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
    Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri. Sekiranya dia rajin membaca al-Qur'an, maka al-Qur'an itu akan membelanya dan begitu juga seterusnya.
    doakan kak munirah menjadi orang yang menghargai masa dan memanfaatkannya tidak lain selain mencari redhanya....

  1. DaruL said...:

    Allah.... syukran kathir! Kita gunakan medium blog tuk saling berpesan ea.. islah nafsah wadu ghairak.. amin..

Post a Comment