200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Jom tulis pasal posting :)

Sunday, June 13, 2010
Salam penyubur kasih, pembuka bicara.

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w. :)

Alhamdulillah, vacational posting dah beberapa minggu selesai. Dari dulu dah berhajat nak coret beberapa perkara kat sini. Bagi yang belum/tengah buat, selamat menghabiskan posting anda~ Pada yang sibuk menyiapkan report, khasnya buat Yana, selamat!! chaiyok~

Mula-mula tengok report memang blur. Dah tengok tutup balik. Pergi library pinjam buku. Buka buku, terus bersinar-sinar mata nak buat report. Semua point report terbentang sebijik-sebijik. Alhamdulillah. Bagi yang sempat pergi library tu, aq cadangkan buku ni :

~ Essentials of Pharmacy Management (kulit keras)
~Buku Teks Pharmaceutical Practice (pun boleh guna jugak...)



Bila duduk buat report, baru rasa macam nak bukak farmasi sendiri. Kalau duduk farmasi, tak rasa pun macam tu, tapi rasa macam nak jadi pekerja farmasi sepenuh masa. Seronok je jadi cashier kat farmasi tu. Hehe. Kerja mudah je, bila orang datang, kita serbu. "Ye, nak ape?". Dulu-dulu pernah tak selesa bila promoter datang dekat-dekat, tapi kalini diri sendiri pulak jadi promoter. Betullah kata miss ann dulu-dulu sewaktu perhimpunan kat sekolah, what goes round comes round. Baru tahu selok belok asas-asas nak buka kedai, dari layout yang macam mana, lighting pun mempengaruhi, bentuk floor plan, staffing, kedudukan ubat-ubat, dan yang lain-lain.



Kalau sebelum ni bila masuk farmasi, just tengok cantik atau tak dan banyak barang ke tak. Rupa-rupanya bila nak buat report baru sedar setiap inci bahagian farmasi itu dititikberatkan dalam menjana untung sebanyak mungkin! Huhu. Banyak istilah baru yang jumpa dalam buku, impulse product, cross selling, free plan, grid plan, traffic flow, dan lain-lain. Untuk kawan-kawan rx8, rajin-rajinlah buka GKU, panjang berjela cikgu-cikgu yang dah siap dulu posting turunkan ilmu report kat situ. Huhu. Terima kasih korang~ mas, husna, fatt, faizah.. dan tak lupa juga timi yang dirindui. Hehe.

Aku nak bagi beberapa contoh... Contohnya macam impulse product. Impulse product ni bleh dikatakan product fast moving, dan bila orang tengok je, kebarangkalian orang akan beli. Itulah sebab namanya impulse. Tengok sekali, nak beli. SubhanALLAh, cepat betul sistem saraf manusia berfungsi, tengok sekali pun boleh nak beli terus. Barang-barang macam ni elok diletakkan di belakang atau di depan kaunter. Kalau kat farmasi tu, ada coklat-coklat depan kaunter, dan makanan minda belakang kaunter (contohnya macam jus tok guru). Semua ni sebab nak boost sales kita, bagi banyak untung~



Cross selling pulak letak barang yang berkaitan dekat-dekat. Free floor plan (ada lagi satu term yang lebih tepat..tapi tak ingat..maaf..) pula selalunya untuk farmasi yang mementingkan interior design manakala grid plan adalah plak untuk stor dadah kebiasaannya. Bila cakap floor plan, alhamduliLlah makin takjub dengan ilmu baru..iaitu - kenapa tempat ni kena besar, kenapa ruang/department ni kena kecik... sebab dia untuk meninggikan dan mengurangkan traffic flow. yang ni pun istilah baru jugak.. :) dalam kedai pun ada traffic flow, macam-macam.. :)

Dan AlhamduliLlah jugak, banyak didedahkan dengan ubat-ubat ni. Jenis-jenis OCP (pil perancang)- marvellon, diane, , econazine, ubat sakit tekak (difflam) ada yang hijau, ada warna merah (antibiotik), voren -diclofenac, ventolin, asthalin, ecocort, lovastatin, ubat selsema (clarinase, clarityne-nama generic dia korang ingat tak? start dari huruf L rasanya.. ), analgesic(panadol(ori), panamol, ibuprofen..dll) ,novomin (utk travellers), diabetmin(ubat diabetes..) dan lain-lain..... Kalau nak banding dengan aisyah, memang sikit sangat ubat yang aq ingat.. sebab aisyah lagi expert.. siap hafal ubat dengan berapa dos dia dan Hcl atau tak.. Hehe.. mana sama orang yang dah ada pengalaman dan yang baru cari pengalaman..betul tak? Ubat yang dihafal ni ubat mudah-mudah lagi.. tak masuk clinical lagi, dengan ubat with narrow therapeutic index..

Supplemen pun lebih kurang. Alhamdulillah sangat, sebelum habis posting, sempat tasmi' beberapa kali dengan akak-akak farmasi tu... mana taknya, setiap kali shift diorang bertukar, aq tanya soalan yang sama, tapi dengan akak yang lain-lain...

3 ubat yang ada di kaunter..packaging sendiri
-EPO (evening primrose oil..) untuk stabilkan hormon
-Lecithin untuk pecahkan lemak..
-Minyak ikan... hm... adui... untuk ape ek? tak sure..

Vitamin dan supplemen
Glucosamine dan Chondroitin.. supplemen untuk sakit sendi.. Satu bina tulang rawan, satu bina air celah-celah tulang tu..
Vitamin C ..agen anti free radical, fight disease..
Vitamin C redoxon yang soluble tu ramai jugak orang minta...
Vitamin B.. energy and mind..
Vitamin yang paling bagus.. of course multi vitamin :)
Celery.. boleh tolong sakit sendi...
Folic acid.. supplemen tambahan untuk ibu yang bakal mengandung dan bakal bayi dalam kandungan

Bila fikir-fikir balik, seronok, sangat seronok. Seronok dapat tolong orang. Walaupun satu hari nanti bila jadi farmasi kita jual ubat-ubat tu, tapi masih tolong jugak kan? Tolong jual :) Kalau kita tak jual, kat mana diorang nak beli ubat-ubat untuk kesihatan. Nilah yang dikatakan kitaran hidup, kita memang tak boleh hidup dengan 2 kaki sendiri tanpa bantuan orang lain... mutualisme.

Ada satu insiden yang menarik sebelum saya habis posting.. masa tu dah reti guna mesin cash.. ada kakak nak beli pregnancy test... bila tanya harga, dia sebut.. "insyaALLAH, insyaALLAH.." Aq yang tengah uruskan wang tu tak dengar jelas, jadi aq tanya.. "Ha? Apa dia kak?" Kakak tu jawab.. "InsyaALLAH..doalah akak ngandung dik! " "Hehe.InsyaALLAh" tersenyum aq kat situ. Semoga kakak tu dapat baby nanti :)


Alhamdulillah Alhamdulillah. Jutaan penghargaan kepada Pn Salasiah yang terima aq untuk posting, Kak Ita, Kak Hanim, Kak Siti, dan Asmidar yang banyak tolong bagitahu fungsi dan kegunaan produk. Kakak-kakak yang baik...banyak teladan dari mereka.. Panjang umur, kita jumpa lagi. Semoga Allah membalas dan memberkati usaha baik kalian..dan semoga farmasi tu lebih untung lagi..amin..! Juga tak lupa kepada Liana Rosli.. yang banyak bagi tunjuk ajar before start posting situ.. Hehe..macam ucapan penghargaan buku skrap pulak.. Syukran syukran!

p.s : Lepas ni nak tunggu tulisan kawan-kawan rx8 pasal posting pulak



Hudaidris,
1 rejab,
menghitung hari dan amal.

2 thoughts from optimists:

  1. sizukaDeboss said...:

    waaahhhhhhh.best of luck huda:))all the best

  1. hudaidris baktian said...:

    huaaa. akhirnya sizuka bagi komen! macih izzati. datang lagi! u too goodluck exam~!

Post a Comment