200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Rejab

Monday, June 21, 2010
Ilmu yang baik, eloklah dipanjang-panjangkan dan sebarkan.

Jua sekadar memanjangkan entri dan tazkirah mengenai bulan mulia ini.

Untukku menulis, aku bukanlah ahli,

yang mengikuti disiplin ilmu agama dengan tertib.

Aku hanyalah seorang muslim di zaman yang disebut Nabi sebagai akhir zaman.

Sekadar berkongsi, selamat-selamat :)





Pengenalan bulan Rejab

sumber : Al-Azim.com, jabatan Mufti Melaka

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.

Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.



Peristiwa penting bulan Rejab


1. Hijrah pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.


2. peristiwa Isra' Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.


3. peristiwa Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

-menurut ustaz Muhadir, Perang Tabuk berlaku selepas perang Mu'tah.

4.Pembebasan Baitul Maqdis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

-oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 27 rejab 583H

5. Kelahiran Imam Syafie
-Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H
bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar
dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

(waktu kecik2 dulu, suka sangat hafal nama imam syafie.. sebab ada nama ayah kat situ :D)

Align Center

dulu2, pernah ustaz pesan..sebelum bulan Ramadhan, eloklah kalau bulan rejab dan syaban di dijadikan medan latihan.. melembutkan mana yang keras.. sungguh, perjalanan kita masih jauh.. Allah sangat sayang akan hamba-hamba-Nya.. Semoga Allah menguatkan kita semua dalam berhijrah pada-NYA!

Allahuakbar!

salam rejab...
kay bee,kuantan.

2 thoughts from optimists:

  1. Ummu Hurairah said...:

    tx huda 4 da info...:) love it

  1. Huda Idris said...:

    berehh for my lovely cik tim hehe =P

Post a Comment