200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Tentang Cinta

Wednesday, November 24, 2010
Dengan nama Allah Ya Wadud
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.


Mungkin ada yang tertanya2 ape kes si huda mencoretkan ttg cinta? Aduhai. Menyahut seruan al-Quran supaya memerhati alam sekeliling, aku rasa tepat masanya untukku utarakan pendapatku hasil pengalaman dan pengajaran yang kuperoleh. Semoga Allah melindung dari sebarang keburukan insyaALlah
Sekadar berkongsi.

Ada yang bertanya padaku bagaimana mahu menguruskan cinta dengan syari'ah. Puas aku berbasa-basi, lalu sampai ke satu titik yang membuatkan dia berpuas hati. Tidak berhubung. Itulah yang dia cari. Mahu taqdim atau khitbah(merisik dan ala-ala mengorat) teruskanlah, mengapa perlu dihalang perkara baik, cuma, jika perjalanannya masih panjang, simpan-simpankan, tahan-tahankan hubungan itu.

Aku sering mengingatkan diri aku dan mereka, perjalanan suatu rumah tangga nanti bukan sepenuhnya terletak pada kita. Allah sebaik-baik perancang dan kita manusia hanyalah hamba yang lemah di bawah perancangan DIA. Jika mahukan perjalanan menaiki bahtera yang baik, mulakan benda baik dengan cara yang baik. Tidak perlulah berlebihan-lebihan sebelum ikatan itu halal, kerana dibimbangi Allah akan menguji kesetiaan masing-masing selepas tali pernikahan dimeterai.
Apalah sangat gunanya setianya seseorang pasangan dalam 4 atau 5 tahun sebelum nikah sebagai contoh jika mahu dibandingkan dengan kesetiaan seorang suami atau isteri yang kita akan hidup berpuluh-puluh tahun selepas bernikah?

Apalah sangat gunanya setianya seseorang pasangan dalam 4 atau 5 tahun sebelum nikah sebagai contoh jika mahu dibandingkan dengan kesetiaan seorang suami atau isteri yang kita akan hidup berpuluh-puluh tahun selepas bernikah? Adakah kita mampu menjamin bahawa si pasangan kekasih hati akan setia dan sayang pada kita selepas perkahwinan sesetianya dia pada kita sebelum berkahwin? Mampukah kita menjamin tiada kebobrokan dan keretakan dalam rumah tangga yang dibina dalam masa 5 thn? 10 thn? Kita tidak mampu menjamin, melainkan hanya dengan petunjuk, kasih sayang dan rahmat Allah swt. Beberapa nasihat dan kata-kata seorang murabbi wajar saya petik, jangan disalahkan takdir jika anda diuji dengan pelbagai masalah dan ragam selepas berkahwin, seandainya permulaan perhubungan tidak mengikut syari'ah. Bimbang dan simpati saya melihatkan rumah tangga yang seringkali dilanda ujian selepas ikatan pernikahan, sedangkan sebelum bernikah, dilihat sebagai pasangan yang paling ideal. Saya hanyalah insan yang diberi peluang untuk melewati beberapa episod-episod rumahtangga masyarakat sekeliling untuk dibuat 'ibrah dan pedoman.

Lalu, ada yang tanya padaku, jadi tak bolehkah mula mencari dari sekarang?
Go on jika betul mahu berkahwin, jangan lupa niatkan hubungan itu kepada perkahwinan. Cuma kalau ade target umur berapa akan menamatkan zaman bujang, aku kira tak perlu terlampau awal mencari. Nanti, bila dah lama-lama, sama ada syaitan tu suka mengacau, atau kita sendiri akan bosan kerana mengharapkan sesuatu yang belum pasti. Apa kate masa yang anda kita enjoy dan suburkan cinta pada yang masih berhak? kat adik2, ahli keluarga, mak ayah, kawan2, kucing ke, dll. Semua kasih sayang dan cinta itu satu nikmat yang dikurniakan Allah buat hamba2-Nya.. :)

Perlu diingat yang kita akan berkahwin dengan seseorang bukanlah kerana cinta tapi kerana jodoh. Segalanya termaktub dalam urusan Tuhan, jadi rapat-rapatkan diri dengan Tuhan, rajin-rajinkan mencari Dia dan mohon pertolongan DIA agar dijodohkan dengan insan yang baik.

Kahwin kerana apa?
Kahwin kerana aqidah dan iman, bukan kerana cinta. Ni bait-bait hikmah yang kudapat dari salah satu ceramah. Aku terpegun dengan nasihat ustaz ni, lalu menyebabkan ku berfikir berkali-kali dan mengiyakannya. Maksud ustaz, kita bercinta/bersedia untuk kahwin kerana aqidah dan iman yang ada pada pasangan kita. Itulah penanda aras untuk sebuah perkahwinan Islam. Takkan kita nak kahwin dengan orang yang minum arak? Common guys, cuba fikirkan matlamat jangka masa panjang kita. Bukan selamanya kita nak hidup di dunia, yang penting kebahagiaan akhirat juga kita idam-idamkan. Dan lelaki@suami akan menentukan hala tuju seorang isteri dan keluarga. Nilah perniagaan yang Allah sebut dalam al-Quran, menjadi orang yang beriman (as-saff :10). Ramaikan keturunan yang beriman untuk memelihara agama.

Apa-apapun, pastikan pasang niat 'aku nak kahwin' dengan betul. Secara automatik, kita akan memandu diri kita untuk bersedia ke arah pernikahan, untuk memikul tanggungjawab baru. Bukan sekadar aku nak kawin sebab ramai dah kawan-kawan dah kawin, jadi dah xde geng... :( hu. Kenape nak kawin? Sebab kahwin itu menyempurnakan ibadah, sunnah, dan meramaikan zuriat Nabi s.a.w. Alang-alang berzuriat, lahirkan yang beriman. Dari mana datangnya iman kalau bukan dari didikan ibu bapa yang beriman ye tak...

Untung kita orang yang mempelajari pendidikan Islam, tahu adab dan hukum hakamnya. Maka, amalkanlah ilmu yang kita tahu dengan bersungguh-sungguh. Cukuplah manusia-manusia yang yang aku jumpa petang di pantai menyiat-nyiat hati. Lihat di batu sana berdua-duaan, di batu sini menjerit manja, di kereta, di mana-mana.. Ah.. Aku hanya bersangka baik mungkin mereka telah berkahwin. Mereka mungkin lupa apa yang pernah diajarkan pada mereka. Kita yang masih sedar dan bermaruah, usahlah menyumbang pada peningkatan golongan-golongan ini. Gejala sosial, anak laur nikah, dsb dah cukup menggerunkan untuk kita terjerumus dalam perkara2 yg so...sial ni.

Akhir kata, ucapan selamat buat yang mendirikan rumah tangga. Buat sahabat sekelas, Abqari & Amalina, Afifah & Fadhil, dan pengantin baru, K. Maryam & Tuan Hafiz, semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga... Ucapan selamat yang sama buat senior2 dan junior2.. juga ucapan selamat yang sama buat abang dan kakakku yang telah berkeluarga.. Buat kakak-kakak yang belum, selamat berusaha... ! XD Jangan dilambatkan benda yang baik..


Buat kawan-kawanku yang acapkali suka doakan aku, cukup-cukuplah tu doakan aku untuk cepat kahwin.. Semoga aku dan kalian akan bertukar status selepas kita betul-betul bersedia :)

***

Dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.

Min aina ila aina?

min turab ila turab...

isu kahwin hangat je, bila diingatkan pasal mati, semua kecut perut.

Ya Allah, janganlah Engkau golongkan kami dalam golongan orang-orang yang rugi..



p.s : pencerahan isu perkahwinan dari us Hasrizal (saifulislam.com) sangat2 membantu.

2 thoughts from optimists:

  1. DaruL said...:

    kak yana, thanks. just my 1o cent

Post a Comment