200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Tribute untuk Fatimah

Thursday, November 4, 2010
BismiLlahi walhamdulillah..


Entah kenapa aku lambat mengenalinya. Di saat rakan-rakan sebilik menyebut-nyebut namanya, aku tertanya-tanya..
“Fatimah yang mana satu?”
“Ish ish ish...tak kenal ke Huda?”

Lama-lama, baruku sempat mengenali individu yang bernama Fatimah ni... Ceria dan ramah orangnya. Sering menonjol dalam apa-apa program. Out-spoken memberi pendapat.

Setelah beberapa bulan mengenali, kami menjadi lebih rapat. Lagi-lagi bila satu usrah musolla dibentuk. Menggabungjalinkan aku,fatimah, dan beberapa sahabat lain

Namun, langit buat Fatimah tidak sentiasa cerah. Allah Maha Adil. Mahu dikuatkan lagi hamba-hamba-Nya dengan ditambah ujian cinta. Ibu Fatimah telah kembali ke rahmatuLlah, meninggalkan 8 anak-anak dan seorang suami. 3 bulan selepas kejadian, ayahnya kembali mengikut jejak isteri tercinta.

Namun, ketika semua sahabat-sahabat risau akan keadaan Fatimah, anak sulung yang ada 8 orang adik-adik, Fatimah bersahaja ketika pulang ke kampus. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Takut juga aku ingin bertanya lebih-lebih. Namun dijawabnya... “ Mati itu pasti. Usahlah bimbang dan kasihan kat kami. Cuma yang penting, macamana persediaan kita nanti...”

Kadang-kadang, bila bercerita hal-hal keluarga, Fatimah menceritakan tentang sejarah dan kisah-kisah ayahnya seolah-olah ayahnya masih hidup.

Kadang-kadang, aku pula rasa bersalah terhadap Fatimah ni. Hidupnya bagai tiada apa-apa yang berlaku. Bila aku ditimpa masalah, apalah sangat masalah tu kalau nak dibandingkan dgn dugaan Fatimah.

Terkini, adik bongsu Fatimah, menjalani pembedahan jantung di IJN. Sehari kemudian, atuk Fatimah pergi ke rahmatuLlah. Tiada pertolongan yang berharga dapat kami sumbang melainkan sedikit sumbangan material dan doa supaya Allah memudahkan urusan kamu sekeluarga, dan mengurniakan limpah kurnia-Nya yang tak terbatas buat fatimah dan adik-adik. Semasa final exam sekarang ni pun, Fatimah banyak ulang-alik dari Kuantan ke Johor dan kuala Lumpur. Tanggungjawab yang menuntut pengorbanan. Hebat, Fatimah!

Husna yang comel, adik bongsu Fatimah.

Hanya Allah yang tahu betapa hebatnya ujian kamu adik beradik.
Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Allah itu Maha Adil dan Maha Kaya. Diuji hamba-Nya, untuk diberi kelebihan-kelebihan yang sangat banyak.

Aku masih teringat, dalam kesibukan belajar dan menguruskan kerja-kerja persatuan, fatimah masih berjaya skor full mark semasa kuiz matemati di matriks.

Dalam ujian – ujian hebat yang Allah uji, adiknya terpilih melanjutkan dalam pelajaran di luar negara dalam bidang perubatan.

Terkini, seorang lagi adiknya, sedang menyiapkan A-Level di salah satu kolej swasta.
Adik-adik Fatimah yang pandai mengurus diri dan dikurniakan akal-akal yang bijak, semoga menjadi semakin hebeat untuk Islam.

Suatu ketika, terkejut aku, si kecil husna itu, boleh bertutur dalam bahasa inggeris.

Si Zulaikha pula, ketika dia sedang mengira-ngira wang kertas, saje-saje aku menyakat. “ Ika dah belajar ke kira duit kat sekolah?” Sangkaanku budak darjah 1 belum reti mengira wang kertas. “Ika tahu,”jawabnya. “Ika nombor berape kat sekolah?” “Nombor satu”. Aku tersenyum.


8 super muslim akan muncul dengan tarbiyah yang Allah aturkan..nantikannya.

Zulaikha, Sarah, Husna.

Husna boleh cakap BI in certain words... Sihat sokmo ye husna..

Buat Fatimah, semoga Allah melimpahkan barakah, mawaddah, dan sakinah buat fatimah sekeluarga. Sangat banyak kami belajar dari Fatimah. Ketabahan, kecekalan, kerajinan, dan semua yang baik-baik.

Sahabat saya ni seorang yang berjiwa besar. Masalah takkan memadamkan cita-citanya yang setinggi langit itu.

Dan kini, saya bersyukur kerana kita satu usrah. Dapat la merasa sedikit percikan orang-orang hebat... Fatimah rajin membaca. Kadangkala, fakta-fakta yang tercicir dilengkapinya.

Buat Fatimah, nothing is impossible. Cuma jangan, jaga makan, jaga tidur, jaga kesihatan.
InsyaAllah Allah akan dodoikan kau dan adik2 dalam kebahagiaan berjuang =)

Untukku...
Tak cukup untuk melihat. Tak cukup untuk mendengar dan bercerita. Hayati perit jerih sahabat dan ambil i’tibar dan lakukan sesuatu. Sama-sama kena kuat. Sama-sama kena rajin.

Hm......... Tindakan lebih signifikan dari kata-kata.




Semoga tidak tinggal hanya resolusi yang akhirnya ditolak tepi.
“Asyik-asyik resolusi. Persoalan, bagaimanana nak pastikan resolusi ni dilaksana?”

Tolong doakan Fatimah. Semoga Allah memudahkan urusan-urusan hidup dan keluarga-Nya, moga Allah menggolongkan mereka dan kita semua dalam golongan yang akan menerima buku catatan dengan tangan kanan... ameen ya rabbal 'alamin...


p.s : Fatimah baru sahaja call saya dan maklumkan dia akan g ke terminal lg 15 minit.. nak pergi IJN katanya.. selamat pergi dan pulang fatimah. moga selamat smuanya fatimah...


Dedikasi untuk sahabatku

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

~muhasabah cinta by edcoustic~


hudaidris,
041110

9 thoughts from optimists:

  1. munadhia said...:

    yan nk xm kul3 ni. tp smpat lg ziarah2 blog org. hehe~ ye huda...yan sndiri sgt kagum ngan fatimah walaupun kami knal dn brsama pn x lama. insyaAllah doakan smoga smua sahabat2 kita terus kuat.buat huda juga...=)
    salam rindu dari gombak buat semua sahabat d kuantan. =)

  1. husnaizzati said...:

    setuju2...saya sangat mengkagumi dia...nak dibandingkan dgn ujian yg kita hadapi,tak setanding rasanya dengan ujian Allah utknya..moga dia diberi kekuatan...dan kebahagiaan...=)

  1. nadiarusli said...:

    fatimah...rasanya kenal..kalau ya dia dulu smapk,dia bekas anak murid arwah ayah ftn dlu...ftn tahu serba sedikit ttg keluarga dia...sma2 doakan dia adik beradik kuat menempuhi ujian yang Allah berikan=)terima kasih untuk perkongsian huda..banyak beri kesedaran pada diri yang hanya diberi sikit ujian...sampaikan salam sayang pada fatimah...semoga adiknya sihat..

  1. nurmawaddah said...:

    dulu prnh sebilik dgn fatimah,.. btul, fatimah mmg sgt3 tabah, nak bandingkan dgn diri sndr rasa kerdil je.. hebat ujian Allah pd dia.tp dlm sedih2 mcm tu pun dia masih boleh skor dlm study,..
    smoga fatimah snts & trus tabah dlm perjuangannya.
    rasa syg kt dia tu ada, tp skrg ni ble dah sibuk sgt study kat pmacy memg byk sgt bnda x taw pasal ftmh,..n tertanye2 "aq ni syg ke?x ambil berat syg apanya." rasa serba slh pun ada.
    hope ALLAH snts meletakkan kekuatanNYA dlm hati ftmh..

  1. Ummu Hurairah said...:

    ya Allah, hari ni baru aku taw psl atuk Fatimah. inna lillahi wainna ilaihi roji`un..bila huda share gini, barulah rasa diri ni xde ssh pun..mak ayah ade lg, sihat lg..hmm terima kasih huda 4 sharing! n terima kasih Fatimah, krn kisahmu memberi smgt pdku, yg sama nama, tp x sehebat kamu...smg Allah tabahkan kamu...jom study! :)

  1. DaruL said...:

    fatimah hebat!!!!!!!!!


    semalam rase mcm nak ikut fatimah, tp saya sehelai sepinggang je, n fatimah cakap, "xpela huda, g study. Kalau saya xde hal pn, saya akan study."

    izyan, husna, nadia, syikin, cik tim : doakan fatimah. smg kita amik pengajaran dr ape yg berlaku... dia sedare kita, rapat bahkan.

    fatin : a'ah die SMAPK... :) ni fatin kawan hawa kan?


    yang penting, ujian die banyak ingtkan kita utk ingat mati n bersedia utk mati


    thanks kawan2. Jazakillah khayr jazaa'

  1. my said...:

    ujian hebat untuk org yg hebat

  1. nadia rusli said...:

    huda,=)
    ya saya...
    sampaikan salam rindu pada fatimah..
    kata kat dia,anak arwah cikgu rusli kirim salam..

  1. hajarzainal said...:

    huda=)
    semoga fatimah terus diberi kekuatan!

Post a Comment