200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Aku Seorang Penulis

Saturday, May 2, 2009
Entri ini merupakan kesinambungan entri menulis di blog. Anda dinasihatkan untuk membaca entri menulis di blog terlebih dahulu sebelum membaca entri ini. Semoga beroleh manfaat. Salam penulisan.

Aku tersembam. Dan aku kini dikelilingi sekumpulan mat rempit bersenjatakan kayu besbol dan kayu papan berpaku yang seakan-akan dicuri.

"Blog untuk dakwah??? Mengarutlah kau! Kalau kami yang tak buka internet macamana?"
tengking salah seorang dari mereka. Berpakaian hitam, bertindik di hidung, ala-ala gangstar nombor 5.

Kata-katanya diikuti dengan hilaian tawa. "HAHAHAHA."

"Guna emosi konon. Untuk orang perempuan bolehlah. Kau ingat, kami lelaki ni reti nak guna-guna emosi dalam menulis? Aku tahulah kau orang hawa ada 9 emosi 1 akal, kami adam ada 9 akal dan rasional dan 1 emosi.. haa explain skit." sambung lagi seorang kawan mereka yang kelihatan agak skima dengan berjacket biru gelap.

Tertelan air liur aku. "Macam la 1 bahagian emosi kau tu tak boleh dimanfaatkan langsung... Kalau dimanfaatkan, tak mustahil lagi hebat dari kaum hawa.." dengusku dalam hati.. Tak tahan dan tak berdaya melawan.

"Apa dakwah-dakwah ni? Aku tak paham la. Sekarang ni zaman berhibur kau tahu tak. Semua boleh dapat. Lepas boring korean dramas, games pula, habis dota, sambung warcraft, halflife, need for speed... Boring indoor, outdoor bukan susah pun.. Rokok mudah, dadah senang, hidu gam, arak best, seks bebas, dating, lumba haram, dan ape lagi.. takde orang nak halang. Bukan susahkan kau pun. Boring la kau ni...Nah, ambik sekali!"

Ditumbuknya tepat ke muka aku. Bersembur darah keluar dari hidung. Sempat lagi teman wanitanya di seat belakang motor RXZnya mengenyit mata ke arahku, sambil berkata,
"I have my boys to give me love. No need any other people. No need you!"

Aku meringkuk menahan perit dibasahi air mata. "Apa dosaku ya Allah... Aku kasihan sangat kpd mereka.. Di saat orang berlumba-lumba dapatkan tempat di akhirat, mengapa mereka tertinggal dari jalan fastabiqul khairat ni... Salah akukah, salah merekakah, salah ibu bapa yang mendidikkah, salah sistem pendidikan kah.. Di saat orang berlumba-lumba mendaulatkan Islam dan menjauhi produk kafir, mereka menjadi fanatik terhadapnya.. Di saat orang menyibukkan diri mencari ilmu agama bersanad, mereka mencari glamour murahan.. dan hiburan dunia.. Malaysian Idolnya, Akademi Fantasianya.. Di saat orang bersedia untuk mati, mereka seakan-akan tidak serik mencari mati.. Gejala sosial yang membunuh, bermula dari sekecil-kecil perbuatan, pergaulan tak terkawal, zina hati, zina kecil, sehingga ke sebesar-besar maksiat.. Kenapa Islam kini terasa sangat asing? Aku kira, Nabi Muhammad s.a.w. sudah cukup sebagai qudwah terbaik.. tapi kenapa sehingga ajaran Nabi Muhammad kini tidak melekat dan sebati di jiwa insan yang bergelar ISLAM? Bukankah setiap yang berjiwa Islam itu sepatutnya menjadi tentera aqidah yang patut berada dan bertanggungjawab di atas setiap satu lubang yang dapat dimasuki musuh? Kita dahpun tewas dengan penjajahan pemikiran musuh, walaupun hakikatnya kita belum lagi berjihad menentang mereka terang-terangan! Ada suatu khabar yg aku baca, mungkin agak sulit untuk dihebahkan, bahawa musuh-musuh Islam di Barat sana kini serba salah kerana keadaan perang yang tidak menyebelahi mereka akibat berlawan dengan pejuang Islam yang mencari syahid? Di saat pejuang Islam di Afghanistan, Pakistan dan Iraq melakar bibit-bibit kemenangan berasaskan jihad, iman, dan taqwa yang tidak difahami tentera NATO dan sekutunya, kita masih terkandas di dunia khayalan ciptaan Yahudi... pemikiran yang jumud... individualistik.. tertinggal... semakin ketinggalan.. Akhirat mereka luput.. Dunia mereka tercicir..”

Dalam kesakitan diiringi darah yang membuak-buak, hatiku mengulang-ulang bait-bait puisi nukilan Syed Naquib al-Attas sambil tanganku menguis-nguis mencari cermin mata yang terpelanting...

“Akhirat mereka luput.. Dunia mereka tercicir..”

Aku tak mampu menahan, andai masaku telah tiba untuk bertemu dengan-Mu ya Allah...

PANG!!!!!

Meja dihentak kuat. Rohku segera mengambil tempat ke dalam jasad.

“Hoi Huda, kau tidur lag? Mana second draft karya kau? Due time 5 petang ni tahu tak?”

“Er... maaf bos. Sungguh penat sangat.”

“Saya tak kira. Asalkan kau hantar tepat pada masanya.”

“InsyaAllah bos. Sempat insyaAllah.”

Aku bangun dari kerusi lalu pergi membasuh muka di sinki berhampiran, dan aku mula menyedari sesuatu yang ganjil...

Eh, sejak bila aku jadi penulis ni?

" Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya, maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung orang yang menyucikannya(jiwa itu),dan sungguh rugi orang yang mengotorinya" (Asy-Syams , 91 : 7-10)

1 thoughts from optimists:

  1. RiJAluDDin said...:

    salam'alaik,

    klu nti nk tmbhkan pengetahuan mengenai siasah maka ana cadangkan baca:


    Tanya tentang buku ini
    Tajuk : Sistem Politik Islam
    Pengarang : Khalid Ali Muhammad al-Anbariy
    Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
    Harga seunit (piece): RM 29.90

    #bacaan buku ni pada level sederhna
    #yg brmanfaat sme2 kite kogsikan

Post a Comment