200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Sejenak perihal MATI

Sunday, May 10, 2009
Bismillah pembuka kata...

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Apabila aku diingatkan dengan ayat itu tadi, aku teringat seorang sahabatku, yang ada menampal ayat itu di dinding belajarnya. Dia pernah bertanya kepadaku, mengapa orang perlu terlebih bersimpati akan waris si mati, lupakah mereka mati itu lumrah dan mereka juga pasti akan disinggahi mati? Sepatutnya masing-masing bersedia.. Terkedu aku mendengar telahan sahabatku itu...

Aku mengimbau semula kenangan lampau di sekolah menengah, sementara tengah berjalan bergegas ke kelas prep malam, aku tidak ingat gurauan apa yang aku berikan kepada rakanku, tetapi sedang kami berjalan sambil menambah kebisingan, kami disampuk dengan kata-kata seorang kakak yang sangat kami hormati tanpa disangka-sangka, sambil tersenyum dia mengucapkan “Orang yang paling cerdik ialah orang yang banyak mengingati mati.” Tertelan air liur aku di situ juga sambil memahami teguran berhikmah kakak itu disebabkan kami sedang berbual kosong. Rakanku di sebelah dah menjelingku tanda terkena dan kami mempercepatkan langkah menuju ke kelas, meninggalkan kakak itu berseorangan di belakang.

Dan pada hari ini, di dalam aku mencari erti kekuatan dan keupayaan untuk hati dan diri aku, AlhamduliLah, aku dihidangkan dengan makanan hati yang sangat memuhasabahkan diri... perihal mengenai MATI.

Moh kite ingat mati sebentar...

Ustaz sebentar tadi ada menyebutkan, ‘Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang memutuskan kelazatan’ yakni MATI.

Syaitan telah bertugas untuk mewujudkan dunia ini segala-galanya kepada manusia, sehingga HILANGNYA ghairah manusia akan akhirat.

Oleh itu, manusia boleh merancang hal duniawi dengan panjang berjela, sebagai contoh, nak prepare lepas graduate boleh kahwin, buka business, anak-anak nanti nak hantar sekolah cina, nak beli kereta Beetle warna hitam, pergi Old Trafford tengok bola, and the list go on(contoh je) hinggakan kita seringkali lupa untuk buat perkiraan akan perkara yang PALING DEKAT dengan kita, iaitu MATI - bilakah kita akan mati, mungkin sesaat lagi, mungkin esok, lusa, minggu depan... tiada siapa tahu melainkan ALLAH yang Maha Mengetahui...

Confirm-confirm dah kita antuk raya pada bulan September ini, justeru tempahan baju dah dibuat walaupun hakikatnya bulan Rejab pun tak datang lagi, walaupun hakikatnya raya itu BELUM PASTI untuk kita, tetapi MATI yang PASTI itu tidak kita ingat... Kerana apa? Kerana manusia itu selalu dimomokkan dengan material dan hal-hal dunia..

Lapangkanlah dada kita dengan ghairah memburu akhirat, sebelum jiwa menjadi sempit dengan dunia semata-mata...

Ustaz turut menyampaikan, ‘ Tiada kesenangan berbanding akhirat melainkan dunia ini sedikit..”

Kesenangan dunia yang sedikit, cukup mengaburkan mata kita, cukup menjadikan kita jauh dari mengingati Allah... Akhirat perkara ghaib yang kita tidak nampak dan kita mungkin tak terliur dengan balasan syurganya, tapi jika kita menjadi manusia yang mengimani hari akhirat, nescaya kita akan luaskan sasaran amalan kita, dan tenanglah hati kita dari segala macam godaan dunia.

Cadangan ustaz, biar hal-hal mengenai alam akhirat, mati, syurga dan yang berkenaan ini jadi bahan mulut kita sehari-harian, tak kira dalam perbualan ataupun gurauan, supaya kita nanti akan menjadi obsess dengan akhirat, dengan syurga, justeru meningkatkan kualiti amalan hidup kita, sebelum kita dipanggil untuk mendiami banglo bawah tanah berseorangan... Astagfirullah

Nasihat ustaz juga, kuasailah ilmu akhirat, ulang-ulanglah ilmu tersebut, supaya nanti bila kita menziarah orang nazak dan sebagainya, kita dapat mengambil iktibar buat diri kita. Kita akan tahu bagaimana rohnya dicabut, dan dihantar ke langit, jika roh orang itu baik, maka malaikat di langit akan gembira menyambutnya, dan dihantar semula ke alam barzakh dan melihat jasadnya dimandikan. Tetapi, andaikata kita tidak punya ilmu, mampukah kita mengetahui apa yang berlaku dan tidak mungkin tidak, kita boleh lagi bergurau senda dan bergelak ketawa dengan saudara mara dan sebagainya ketika melawat orang meninggal dunia... mohon dijauhkan Allah...

Semoga kita menjadi orang yang hidup di dunia dengan ingatan dan hati kita tak dipisahkan dengan perihal MATI dan Akhirat... berjiwa akhirat... insyaAllah.. Amin..

Aku menulis ini sebagai pedoman khas untuk mengingatkan diri aku terutamanya dan sedikit sebanyak berkongsi dengan orang lain... Baru sebentar tadi menonton drama suara dari kubur yang mengisahkan kematian, dan mengikuti tazkirah dari seorang yang berpengalaman dalam mengendalikan jenazah...ya Allah...

Di sini, aku mencadangkan kamu semua menonton drama bersiri Ihsan ini dalam melembapkan jiwa kita berkenaan kematian, suatu drama yang dapat memberi kesan yang mendalam, kepada jiwa-jiwa yang memerlukan suatu suntikan baru... bukan suntikan BCG,H5N1, mahupun H1N1, tetapi suntikan agar kita obses mencari akhirat dan meletakkan batasan tertentu dalam mengekang hawa nafsu duniawi insya Allah...

sesiapa yang mempunyai masa lapang @ sedang bercuti, sila ambil masa untuk menonton klip ini, ada 8 episod semuanya.. tonton jangan tak tonton..

Juga turut mencadangka entri berikut (perihal mengenai kematian) dari blog sahabat2:

Latih tubi kehidupan

Al Fatihah buat datukku tersayang

Mohon maaf atas sebarang salah dan silap, sebaran g kesilapan ejaan/info/dalil dimohon tegur,juga sebarang perkongsian ilmu sangat dialu-alukan. Mohon maaf, aku tidak sempat menyalin butiran mengenai dalil yang ustaz berikan tadi, oleh itu aku tidak sebutkan hadis atau sebagainya

Sekian, sekadar berkogsi. Wassalam.

0 thoughts from optimists:

Post a Comment