
sumber : maghfirah.wordpress
Assalamualaikum wbt....
 Ustaz ,
 saya ni bukanlah mewakili  mana mana parti politik,dan saya ada soalan penting untuk ditanya kepada  ustaz.Saya harap sangatlah ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ni  berdasarkan hujah dan dalil naqli Alquran dan juga hadis soheh.
 Adakah menubuhkan sesuatu parti politik itu  haram? Setahu saya di Arab Saudi tiada parti politik kerana katanya ia  boleh memecahbelahkan umat. Jadi apakah hukumnya penubuhan parti politik  ini? Kerana setahu saya semasa zaman nabi terdahulu tiada seorang  nabi,para anbiya dan syuhada yg menubuhkan parti utk mendaulatkan  Islam.Malahan penubuhan parti politik inipun sebenarnya bukan datang  dari islam malahan ianya diasaskan oleh org kafir!
 Lagipun, bukannya saya ni jahil sangat mengenai  keadaan politik di negara ini. saya tahu bahawa pihak pemerintah pun  banyak menyeleweng dari islam! Umat islam hanya akan bersatu dibawah  kalimah laailahaillalah dan tiada pertikaian pun mengenainya! Tapi saya  agak ragu ragu dgn memperjuangkan islam ini dgn menubuhkan parti!mengapa  tidak boleh kita perjuangkan islam melalui cara dakwah spt pertubuhan  tabligh tersebut?
 Lagipun,saya dapati bahawa cara mereka  berdakwah ialah dgn memantapkan iman dan amal.Saya berkata sedemikian  kerana inilah baru kali pertama saya mengikuti tabligh selama 3 hari  bertempat di Naza Plantations, Raub, pahang. Sepanjang saya mengikuti  tabligh tersebut,Banyak perkara telah saya belajar. Tujuan tabligh  inipun sebenarnya bukannya utk hanya berdakwah pada org,tapi utk  mentarbiahkan diri sendiri,agar Iman dan amal dapat dimantapkan.Saya  dapat merasakan sendiri persaudaraan islam,dan Allah telah merahmati dan  memberkati kami dgn memberikan pengertian sebenar tentang hakikat  kehidupan!!
 Dan apa yg menakjubkan hati saya ialah ada  diantara jemaah tabligh ini ada yg sebelum ini tak pernah sembahyang dan  tak FAHAM apa itu agama pun, Menangis kerana keinsafan dan mula Faham  akibat daripada usaha Ustaz yg memberikan syarahan, bayan dan majlis  taalim mengenai Iman dan amal!!
 Dan saya pun berfikir semula tentang usaha  Parti Pas khususnya.banyak yg berbicara mengenai kepentingan kembali  pada Alquran dan assunnah. Memang betul, usaha itu perlu disokong,tapi,  kebanyakan masy. kita hari ini tak paham kenapa kena kembali pada  Alquran dan sunnah, Sebab apa ustaz, SAYA percaya kerana iman dan amal  mereka sendiri AMAT RAPUH!! Salah satu perkara yg amat amat ditekankan  semasa tabligh itu ialah SEMBAHYANG BERJEMAAH. Kita boleh lihat betapa  kosongnya masjid dan surau hari ini!!Jadi tak hairanlah masy.kita terus  berada dalam kelalaian!!
 Saya percaya jika pihak PAS menekankan usaha iman  dan amal ini dalam dakwah dan ceramah mereka,insyaallah masy. akan mula  paham!
 Jadi saya amatlah berharap pada ustaz utk  menerangkan kepada saya mengenai persoalan diatas. Saya yg tak ada  ijazah agama ni tak tau apa pun! Kalau boleh penjelasan itu jangan lah  terlalu bias. Pegang pada kebenaran..
 Jazakallahu khairan kathira.
 Muhammad Syafiq
 ————————————————————————————-
 Jawapan dari Ustaz Ali Muda
 Wa`laikumussalam  warahmatuLlah.
 Alhamdulillah, sdr telah diberi taufik oleh  Allah s.w.t. utk memahami Islam atau sebahagian drp Islam. Daripada  seorg yg kurang faham apa peranan agama menjadi seorg yg merasakan  kemanisan hidup beragama. Bersyukur juga kerana sdr telah terlibat dgn  salah sebuah pergerakan yg cintakan Islam dan ingin melihat Islam  didaulatkan di bumi Allah s.w.t. ini, w/pun dgn caranya yg tersendiri.
 Persoalan sdr ini berfokus kpd cara utk menegakkan  Islam, setelah sdr bersetuju bahawa pemerintah umat Islam hari ini  tidak boleh diharapkan utk mendaulatkan Islam secara syumul.  Persoalannya apakah boleh Islam diperjuangkan menerusi penubuhan parti  politik, yg menurut sdr, tidak pernah dilakukan oleh para nabi dan Nabi  Muhammad s.a.w. Arab Saudi juga, menurut sdr, mengharamkan penubuhan  parti politik kerana boleh memecahbelahkan umat.
 InsyaAllah, saya akan menjawab persoalan sdr  ini dgn cara akademik/ilmiah berdasarkan hujah tanpa bias kpd mana2  pihak, w/pun sdr sendiri telah menunjukkan kecenderungan sdr kpd satu  pihak. Harapan saya, jika jawapan saya ini tidak menjurus kpd  kecenderungan sdr, janganlah sdr anggap saya bias. Maka sukalah saya  tegaskan bahawa saya juga tidak menganggotai mana2 parti politik kerana  saya ingin bebas membuat penilaian berdasarkan ilmu yang saya belajar.  Jika ilmu saya mengatakan 'itu', maka tiada siapa berhak menidakkan  kebenarannya melainkan dgn hujah ilmu juga, bukan dgn sentimen, fanatik,  prasangka dan sebagainya. Mungkin orang lain berpendapat berlainan  berdasarkan ilmu juga, maka saya terima hal itu atas prinsip 'al-khilaf  al-masyru`' (khilaf yg dibenarkan syarak), jika ia berada dlm lingkungan  perkara cabang atau ranting (furu`), bukan pokok (Usul). Dan ILMU yg  saya maksudkan ialah kefahaman yg mendalam terhadap sesuatu persoalan,  dgn perantaraan alat2 yg disepakati utk menuju kpd kefahaman itu.
 Jika persoalannya ialah berkaitan hukum atau  pandangan Islam dlm sesuatu perkara, maka sudah pasti alat2 yg wajib utk  menuju kpd kefahaman yg sebenar ialah kefahaman asas terhadap sumber  Islam iaitu nas2 al-Quran dan hadis (yg sahih) serta perbahasan ulama yg  muktabar ttgnya. Oleh kerana nas2 al-Quran, hadis dan perbahasan ulama  muktabar itu kebanyakannya dalam B. Arab, maka kefahaman mendalam dlm  bahasa itu adalah satu keperluan yg wajib. Tidak cukup setakat itu,  kefahaman yg mendalam terhadap ilmu disiplin berhujah dgn al-Quran dan  hadis (iaitu ilmu Usul al-Fiqh dan Qawa`id al-Fiqh) adalah juga suatu yg  mesti dan wajib.
 Berbalik kpd persoalan sdr, apakah masyru`  (dibenarkan syarak) penubuhan parti politik utk menegakkan Islam?
 Sdr beranggapan ia tidak masyru` berdasarkan  hujah-hujah: (1) Di Arab Saudi tiada parti politik kerana  menurut mereka parti politik boleh memecahbelahkan umat, (2) Tiada  seorang nabi dan para pejuang syuhada zaman dulu yg berjuang menegakkan  Islam melalui parti politik, (3) Parti politik berasal drp sistem kafir,  (4) Parti politik boleh digantikan dgn cara berdakwah kpd iman dan  amal, spt yg dilakukan oleh Jamaah Tabligh.
 Demikian hujah2 sdr. Tetapi saya ada hujah2 lain  yg menunjukkan penubuhan parti politik Islam sebg suatu yg masyru`  bahkan dituntut dlm zaman sekarang. Hujah2 saya spt berikut:
 1) Tiada nas s/ada dlm al-Quran, hadis atau  kata2 ulama terdahulu yg muktabar bahawa penubuhan parti politik itu  dilarang syarak. Dlm syariah (Usul al-Fiqh), ada satu kaedah yg berbunyi  "Aslul Asy-yaa' al-Ibahah" (Asal sesuatu perkara itu adalah harus).  Semua perkara di dunia ini asalnya harus, melainkan setelah datangnya  nas2 yg melarangnya, barulah hukumnya bertukar menjadi haram atau  makruh, ataupun apabila datangnya nas2 yg menyuruhnya, maka ia pun  bertukar menjadi wajib atau sunat. Antara haram dan makruh, atau antara  wajib dan sunat, adalah berdasarkan sejauh mana larangan dan suruhan  itu, dgn sokongan nas2 yg lain, yg difahami oleh ulama yg berkecimpung  dlm bidang ilmu prinsip pengeluaran hukum Islam (iaitu ilmu Usul  al-Fiqh), dgn sokongan ilmu yg luas ttg hadis Nabi s.a.w., yg merupakan  praktis kpd seluruh hukum Islam yg wujud sebelum kemangkatan baginda.
 Oleh kerana tiada nas yg melarang, maka penubuhan  parti politik adalah harus. Itulah asal dan dasarnya.
 2) Apabila kita bercakap mengenai parti  politik Islam (iaitu parti yg berjuang utk mendaulatkan Islam), maka  kita telah terkeluar drp asal dan dasar hukum tadi (harus). Hukum itu  telah bertukar menjadi sekurang-kurangnya sunat, kalaupun tak wajib. Ini  berdasarkan nas al-Quran yg bermaksud: "Dan bertolong menolonglah kamu  dlm perkara kebajikan dan taqwa, dan janganlah kamu bertolong menolong  dlm perkara dosa dan permusuhan…" (Al-Maidah: 2 ) . Jika parti Islam  bertujuan utk bergabung tenaga menegakkan Islam, bagaimana ia dikatakan  haram, sedangkan ia bertepatan dgn kehendak ayat tersebut? Apatah lagi  tiada satu nas pun yg melarangnya.
 3) Walau bagaimanapun, jika kita merujuk kpd nas  yg lain, kita dapati penubuhan parti politik dlm sebuah negara demokrasi  spt Malaysia adalah dituntut oleh syarak. Ada nas yg bermaksud " Sesungguhnya  Allah menyukai orang2 yg berjuang di jalan-Nya dlm satu saf  (barisan/front/organisasi) seumpama sebuah bangunan yg berdiri teguh…"  (Al-Saff)
 4). Alangkah bodohnya umat yg ingin melihat  Islam tertegak di muka bumi, tanpa membuat persediaan yg lebih baik drp  kaum yg ingin merobohkan Islam atau yg berpura-pura cinta Islam (spt yg  sdr sendiri faham), ataupun sekurang-kurangnya membuat persediaan yg  setanding dgn musuh itu. Adakah Allah s.w.t. akan menolong dgn mukjizat  semata-mata tanpa wujudnya usaha yg tersusun dan sistematik drp para  pejuang? Sedangkan Nabi s.a.w. sendiri tidak diberikan mukjizat  melainkan setelah banginda bekerja keras siang malam dgn tulang empat  kerat.
 Kalaulah musuh ada barisan/front/organisasi yg  memonopoli sistem demokrasi, apakah pejuang Islam perlu pejam mata dan  pekakkan telinga saja atas alasan demokrasi, parti politik dan  pilihanraya adalah sistem ciptaan org kafir!!?? Apakah patut pejuang  Islam membiarkan saja kerusi eksekutif yg berkuasa mencipta undang2 ke  atas umat di dewan rakyat, parlimen, dewan undangan negeri dll diduduki  oleh puak yg benci kpd Islam secara zahir batin atau secara batin sahaja  (terlihat kebenciannya secara luar kawalan/ tak sengaja)? 
 Realiti dan hakikatnya, sama ada rakyat  suka atau tidak, org yg menduduki kerusi2 eksekutif itulah yg mencipta,  menggubal, meminda atau membatal undang2 sebaik sahaja mereka berkuasa  setelah menang dlm pilihanraya 'demokrasi'. Bila mereka memiliki kuasa  itu, persetankan sahaja kehendak rakyat terbanyak. Mereka kata mereka  telah diberi mandat selama 5 tahun, kalau tak setuju, tunggu 5 tahun!!  (W/pun mandat itu diperolehi secara penipuan spt undi pos yg menjadi  taboo kpd pembangkang). 
 Bila mereka kata kita tak boleh laksanakan hukum  jenayah dlm al-Quran (hudud), rakyat (termasuk org yg cintakan al-Quran  dan Islam spt sdr) terpaksa terima. Bila mereka kata harga barang itu  ini dinaikkan, semua rakyat terpaksa bayar w/pun perit. Bukanlah susah  utk mencipta beberapa rasional di sebalik kenaikan harga barang itu dgn  sokongan sedikit 'statistik' atau 'angka' yg entah betul ke tidak.  Rakyat terima ajelah. Bila mereka nak langgar perjanjian yg mereka  sendiri buat, rakyat pun terpaksa akur, sebab mereka masih berkuasa sebg  kerajaan pusat.
 Jika itu realiti dan hakikat posisi kuasa pd  hari ini, kenapa pejuang Islam perlu mengasingkan diri dan lari drp  merebut peluang utk melaksanakan Islam melalui kuasa? Apakah Nabi s.a.w.  mampu melaksanakan Islam tanpa kuasa yg diusahakan? Bukankah  perpindahan dr Mekah ke Madinah (Hijrah) itu sebg satu strategi utk  mempraktikkan Islam melalui kuasa politik/pemerintahan di sebuah negara  yg bebas dan berdaulat (w/pun bukan secara parti politik spt hari ini)?  Secara logiknya, adakah baginda akan berjaya menegakkan Islam tanpa  berhijrah mendapat sebuah negara yg berkuasa politik? Adakah Islam akan  boleh dilaksanakan sepenuhnya tanpa sebuah negara dan isitem yg beas dan  tersendiri? Bukankah baginda telah boleh berdakwah, beriman dan beramal  di Mekah? Kalau dah boleh, kenapa sibuk2 mengajak para Sahabat r.a.  berhijrah? Sedangkan beramal di Mekah itu mendapat pahala yg paling  besar?
 Jawapan kpd soalan2 di atas ialah "kuasa eksekutif  itu adalah asasi utk mempraktikkan Islam secara syumul di bumi Allah  s.w.t. ini". Zaman Nabi s.a.w. ia (kuasa eksekutif) itu didapati melalui  hijrah dan jihad di medan, manakala zaman ini (dlm konteks M`sia dan  kebanyakan negara), ia diperolehi melalui pilihanraya.
 Kita perlu faham, Islam itu bukan sekadar  iman dan amal spt solat, zakat, haji, zikir atau baca al-quran shj.  Kalau itulah shj Islam, Nabi s.a.w. tak perlu berhijrah, sebab semua itu  boleh dilakukan di Mekah, dgn pahala yg paling besar lagi. Itu semua  amal individu, kalau tak ada negara dan kuasa pun kita boleh amalkan  ibadat2 itu. Tetapi Islam lebih luas drp itu. 
 Ada banyak lagi suruhan Allah s.w.t. yg tidak  boleh dilaksanakan jika Islam tidak mempunyai negara atau kuasa  berdaulatkan al-Quran dan sunnah, spt suruhan melaksanakan hudud (sistem  kawalan jenayah secara Islam), suruhan melaksanakan ekonomi Islam  secara total tanpa campuran riba, suruhan jihad memerangi musuh yg  mengkhianati umat Islam, suruhan mengharamkan segala yg diharamkan Allah  s.w.t. (spt arak, judi dll) dan menghalalkan segala yg dihalalkan-Nya  (tazkirah bulan Ramadhan, ceramah agama, perhimpunan aman dan segala  perkara yg bukan bertujuan jahat) dan yg paling besar sekali ialah  suruhan menyebarkan rahmat kpd sekalian alam. Hampir semua pemimpin umat  Islam hari ini tidak melaksanakan agenda terbesar Islam ini kerana  mereka bernegara dan kuasa sekular. Org bukan Islam, khususnya kuasa2  barat semakin memandang lekeh kpd Islam di zaman pemimpin2 Islam sekular  berkuasa kini. OIC? ...diketawakan saja!! Malaysia negara contoh??  …nampaknya lebih kpd syok sendiri!!
 5) Kalau demikianlah hal dan realitinya hari  ini, maka tak mungkin hanya dgn berdakwah keluar 3 hari, 10 hari, 40  hari, sebulan, 4 bulan bahkan setahun sambil beramal ibadat individu  (solat, zakat, haji, zikir, baca al-Quran dan seumpamanya); tak mungkin  dgn cara itu saja negara Islam akan tertegak spt Nabi s.a.w. pernah  sunnahkan di al-Madinah al-Munawwarah. W/pun saya tak nafikan amalan2  itu juga adalah baik. Tetapi baik semata-mata tanpa strategi jangka  pendek dan panjang, lebih dekat kpd sia2. Apakah amal sebegitu telah  menepati kehendak Allah s.w.t. kita berjuang dlm satu  saf/barisan/front/organisasi seperti sebuah bangunan yg terpacak teguh  tanpa goyah dek sebarang gegaran? Sedangkan musuh (yg jelas atau yg spt  musang berbulu ayam) sedang enak menjahanamkan Islam yg syumul bawaan  Nabi s.a.w., kita masih asyik berbalah ttg apakah boleh berparti  politik.
 Maka dlm konteks hari ini, berparti politik utk  menegakkan Islam adalah lebih dekat kpd wajib berdasarkan satu prinsip  al-Qawa`id Al-Fiqhiyyah yg berbunyi "Maa laa yatimmu al-waajib illaa  bihii fahuwa waajib" (Sesuatu perkara, yg tidak akan sempurna perkara yg  telah wajib melainkan dengannya, maka perkara itu menjadi wajib juga  hukumnya). Mendaulatkan Islam secara syumul (menyeluruh) s/ada dlm  bidang akidah, akhlak, ibadat, muamalat, munakahat, jinayat, jihad, dan  sebagainya itu adalah satu kewajipan yg telah pasti berdasarkan nas2 yg  telah sedia ada dlm al-Quran dan hadis sahih. Tetapi banyak bidang itu  tidak dpt dilaksanakan tanpa wujudnya negara, kuasa dan sistem Islam yg  memimpin. Maka mewujudkan negara, kuasa dan sistem Islam itu wajib  hukumnya.
 Dlm konteks hari ini, negara, kuasa dan  sistem itu tak akan dapat dicapai melainkan dgn cara2 spt: pilihanraya  demokrasi (di kebanyakan negara umat Islam w/pun demokrasi palsu),  revolusi (spt Iran 1979), reformasi (spt Indonesia, Filipina). Dua cara  terakhir itu boleh mengakibatkan mudharat dan tumpah darah, maka  hendaklah dielakkan selagi ada jalan yg lebih selamat, iaitu pilihanraya  demokrasi.
 Oleh kerana pilihanraya demokrasi itu hanya boleh  disertai oleh parti politik berdaftar, maka menjadi kewajipanlah kpd  pejuang Islam utk mendaftarkan paling kurang sebuah parti politik yg  khusus utk menegakkan Islam. Kalau tidak, tak boleh masuk pilihanraya.  Kalau tak boleh masuk pilihanraya, tak mungkin akan dapat duduk di  kerusi eksekutif itu. Kalau tak duduk, tak mungkin berkuasa dlm realiti  negara hari ini!! …………Ada sesiapa lagi yg nak menidakkan realiti semasa  secara membuta tuli???
 6) Kalau pemerintahan dah OK (adil, bersih,  bertanggungjawab macam al-Khulafa' al-Rasyidin), memang tak perlu kpd  parti2 politik, sebab memang boleh menyebabkan perpecahan. Tetapi apakah  pemerintah hari ini boleh membuktikan keadilan, kebersihan dan  kebertanggungjawaban spt para khalifah yg dipuji oleh al-Quran dan  mendapat didikan secara langsung drp Nabi s.a.w. itu? Tak ada!!…  termasuklah kerajaan Arab Saudi sendiri. Kalau dah macam khalifah, tak  kan dia benarkan tanahnya digunakan oleh Syaitan Terbesar (USA) sebg  pangkalan utk menyerang saudara Islamnya di Iraq. Sebaliknya,  ketidakwujudan parti politik langsung spt di Saudi lebih membawa  kemudaratan kpd umat kerana pemerintah boleh berbuat apa saja tanpa  siapa berani menegur.
 7) Tidak semua perkara yg dicipta oleh org bukan  Islam/kafir itu haram diguna pakai oleh umat Islam (spt sistem  pilihanraya dan parti politik). Yg menjadi haram sesuatu perkara itu  bukan sebab ianya dicipta oleh org bukan Islam, tetapi sebab dah ada nas  yg mengharamkannya.
   Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat,  maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap,  bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji,  dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas  alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg  sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm  perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?
 Tak semua perkara yg Nabi sa.w. tak buat,  maka kita pun tak boleh buat. Nabi s.a.w. tak buat jalan raya berturap,  bangunan tinggi2, pejabat agama, masjid surau yg banyak, tabung haji,  dsb.nya. Tapi apakah kita pun diharamkan membuat perkara2 baik itu atas  alasan baginda tak buat? Jadi kalau baginda tak buat parti politik yg  sama sebijik macam hari ini pun, apa salahnya kita kreatif sikit dlm  perjuangan Islam ini, demi melawan kekuatan sistem musuh?
 9) Parti politik Islam pun bukan hanya berpolitik  saja, mereka juga mendukung agenda dakwah, iman dan amal. Bahkan dakwah,  iman dan amal yg lebih luas lagi drp yg tak berparti politik. Cuma  kalau ada sikit2 kelemahan tu, memang manusia tak ada yg sempurna.  Perbaikilah mana2 yg tak sempurna tu, setelah sedar dan tahu dasarnya  betul dan tepat dgn kehendak Islam. Jgn kerana beberapa kelemahan itu,  kita pun turut memusuhinya atau lebih sedih lagi kita pergi sokong parti  jahiliyah pula. Ini yg parah nih!!
 Kalau Jamaah Tabligh amat menitikberatkan  pasal solat secara berjemaah di masjid (dan inilah yg sepatutnya),  ajaklah ahli2 parti Islam berjemaah sama. Jgn kerana beberapa kerat yg  tak berjemaah (atau yg tak solat pun ada), maka Tabligh terus hukum ahli  parti Islam sebg tak beramal. Cuba Tabligh pergi dengar kuliah2 ilmu  para pemimpin parti Islam itu, bukankah mereka berdakwah kpd iman dan  amal juga?? Bila dah ramai sangat tu, biasalah ada yg nakal seorg dua.  Itu perlu ditegur dan dinasihat, bukan dihukum jahat terus. Ahli Tabligh  pun ada yg masih tak selayaknya. Kalau Tabligh kata mereka berusaha  meningkatkan diri dlm jamaah, begitu juga ahli2 parti Islam. Oleh itu,  bekerjasamalah. Jgn hentam menghentam atau undi parti sekular pulak.  Daftarlah sebg pengundi yg sah dan berilah undi utk parti yg  memperjuangkan Islam.
  Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man  ittiba`a al-huda.
Sekian jawapan saya seikhlasnya, wassalam `ala man  ittiba`a al-huda.
 Di petik dari Laman Ustaz  Ali Muda