200x200

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Allahumma Solli 'ala Muhammad

Sunday, May 23, 2010

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
Riwayat Muslim

Pengajaran Hadis:
i) Al-Quran merupakan kalam Allah dan perlembagaan syariatnya yang kekal abadi. Allah telah menurunkannya kepada manusia sebagai panduan dalam mengharungi kehidupan agar dapat mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.
ii) Membaca al-Quran merupakan satu ibadah yang boleh menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T. Pahalanya amat besar iaitu sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, ganjarannya satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama dengannya. Selain itu ia juga boleh meberikan syafaat di hari akhirat kelak.
iii) Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :” Perumpamaan Mukmin yang membaca al-Quran adalah seperti limau yang mempunyai bau yang harum dan rasanya sedap. Manakala perumpamaan mukmin yang tidak membaca al-Quran pula adalah seperti tamar yang tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.”
iv) Membaca al-Quran hendaklah dilakukan dengan beradab sebagai menghormati kalimah Allah di antaranya ialah seseorang itu hendaklah berada dalam keadaan suci (berwudhu’) dan membacanya di tempat yang bersih, memulakan dengan membaca Ta’auwuz dan Basmallah, membaca dengan teliti dan perlahan, menjaga makhraj (bertajwid) serta memperelokkan suara sekadar termampu.
v) Pembacaan al-Quran yang paling baik ialah apabila difahami apa yang dibaca. Dengan ini barulah seseorang itu akan dapat merasai nikmatnya yang sebenar.



Allahumma Solli 'ala Muhammad







Respon dari hari melukis karakter Nabi... orang Muslim membantah sekeras-kerasnya..
"JANGAN LUKIS GAMBA NABI KAMI!"
"JANGAN MAINKAN NABI!"
"Dont' draw our prophet!"

Orang2 kafir mungkin berkata "Why they are too religious?!"... "but then they follow our lifestyle.. HAHA!"

Spt pesan Us Hasrizal, pemboikotan dan protes besar-besaran tidak akan bertahan lama, jika akar umbinya tidak dibaiki. Hidup semula dengan cara hidup Islam nan indah, syumul, dan mulia, yang dibawa baginda Rasul s.a.w yang kita kasihi dan sayangi. Kekasih ALLAH, penghulu segala Anbiya'.

Terngiang-ngiang 1
scene dalam cerita Perempuan Berkalung Sorban, pelajar2 pesantren melaung2kan...
"WALA TALBISUL HAQQA bil BATHIL.. (sehingga akhir ayat..)"
(Mafhumnya, jangan dicampur yang baik dengan yang buruk..)

Berderau juga darah, bergetar juga segala saraf ini.

Mengenangkan dunia akhir zaman dan segala kekacauan.
Baik dan buruk tidak jelas. Bencana alam. Bumi kian panas.
Tabiat manusia yang ganjil.

Berkiralah wahai diri, sebelum hari Hisab yang abadi.



Allahummar zuqnal jannata wa na'imaha wa ma yuqarribu ilaiha, min qaulin, wa fi'lin, wa niyyatin, wa i'tiqood.. AMIN

ehadith dari web jakim.


2 thoughts from optimists:

  1. srikandimuslim said...:

    astaghfirullah..marah, sedih, dan segala macam perasaan ada..lemahnya kita.tapi, kalau hanya mengeluh lemah sedang tiada tindakan peningkatan tiada gunanya..inilah yg perlu usaha..tengok! dari dulu, kini dan selamanya "MEREKA" tidak akan pernah berhenti dari memusuhi kita (ISLAM).
    SEDARLAH!!! BAHAWA KITA PERLU ADA USAHA. NAMUN, CUKUPKAH DENGAN MENYERTAI DEMONSTRASI2 SHJ?? BOIKOTLAH MEREKA!!KITA TIDAK AKAN MATI DENGAN HANYA MEMBOIKOT BARANGAN MEREKA!!Ini memang usaha kecil, tp RENUNG2lah kembali kisah Nabi Allah Ibrahim dengan seekor burung..sekurang2nya ia menjadi hujah jawapan kita di hadapan Allah kelak.
    Yang menjadi masalah, kita memberi banyak alasan, walhal kita sedang berdepan dengan musuh kita.Jika mereka boleh memperlakukan kita sedemikian, mengapa tidak kita???

    Jangan biarkan alasan demi alasan menghasuti kita. Kembalilah kepada QURAN dan SUNNAH, 2 harta utama yang baginda Rasulullah tinggalkan kepada kita yang DAH LAMA KITA ABAIKAN!!!
    KEMBALILAH!!!!

  1. Huda Idris said...:

    thoyyib ma. aiwah2 min hamasah fil nafsik..

    jalan kita pelbagai. yang penting pilihlah mana, dan work for it.

    kefahaman islam dan usaha ke arah baiki diri dengan agama juga perlu. malah terpenting.

    tkasih =) lamo doh ye x mari sini..

Post a Comment